Sunday 24 February 2013

Sejarah Baitulmaqdis_PALESTINE DAN ISRAEL!

PERKEMBANGAN SERANTAU
PALESTIN DAN ISRAEL
PENGENALAN
1.           Baitulmaqdis merupakan bandar konflik yang paling lama di dalam sejarah peradaban dunia, sehingga kini masih menjadikan bandar ini merupakan tempat yang paling tegang di bumi. Konflik yang bermula dari zaman pemerintahan kerajaan Rom sehingga kini masih lagi menjadi perebutan antara tiga agama di dunia iaitu Agama Islam, Kristian dan Yahudi. Inilah yang menjadikan teras sebenarnya konflik Palestin dan Israel ini semakin memuncak dan tidak dapat dikawal kerana kelemahan perpaduan dan kerjasama diantara kedua belah pihak. Bumi Baitulmaqdis yang menjadi rebutan ini merupakan tanah yang istimewa yang telah ditentukan Allah SWT sejak ribuan tahun yang lalu. Bagi umat Islam, tanah ini telah terbinanya Masjidil Aqsa yang merupakan masjid ketiga paling mulia selepas Masjidil Haram dan Masjid Nabawi. Penganut Yahudi pula mendakwa tanah suci ini merupakan ‘Tanah yang Dijanjikan Tuhan’ kepada mereka kerana di sinilah asal nenek moyang mereka yakni Bani Israel dan mereka percaya tertanamnya Temple of Solomon iaitu kuil suci bagi mereka. Bagi yang beragama Kristian pula, mereka menganggap tanah ini sebagai tanah suci mereka kerana Temple of Nazareth terletak di sini dan mereka percaya di sini juga merupakan tempat kelahiran, tempat menyampaikan ajaran dan tempat disalib bagi Nabi Isa A.S.

SEJARAH AWAL
2.           Sejarah Bani Israel ini sebenarnya wujud dari zaman Nabi Ibrahim A.S. Namun begitu, ketika Nabi Musa A.S diutuskan kepada mereka, Firaun dan tenteranya telah mengejar Nabi Musa  dan kaumnya sehingga ke Laut Merah, ketika itulah Nabi Musa menggunakan mujizatnya membelah dan menyeberangi lautan tersebut dan setelah itulan Nabi Musa dan kaumnya Bani Israel mula mendiami tanah Palestin ini. Setelah kewafatan Nabi Musa A.S, Raja Talut telah memerintah wilayah Palestin dan disambung oleh Nabi Daud A.S. Nabi Sulaiman A.S juga telah memerintah wilayah Palestin ini dengan megah dan gemilangnya. Palestin dimiliki oleh Bani Israel sehinggalah lebih kurang 60 tahun sebelum kelahiran Nabi Isa AS. Ini kerana, Kerajaan Rom pada masa itu telah menjajah wilayah Palestin dan mengusir keluar Bani Israel dan tersebarlah kaum Bani Israel ke seluruh dunia yang kini dikenali sebagai bangsa Yahudi.
3.           Pada tahun 395, Agama Kristian telah tersebar ke dalam Kerajaan Rom dan menjadikan wilayah Palestin juga menjadi wilayah kristian Rom atau dikenali sebagai kerajaan Bizantium. Tahun 611, Kerajaan Parsi telah menyerang wilayah ini yang dibantu oleh bangsa Yahudi sehinggakan Gereja Holy Sepulchre dihancurkan begitu juga gereja-gereja yang lain. Namun begitu, pada tahun  628, Raja Hercules dari Rom telah menakluk kembali wilayah yang mula menjadi rebutan ini.
PALESTIN DIKUASAI ISLAM
4.           Kemunculan Agama Islam pada tahun 610 dibawah kepimpinan Nabi Muhammad S.A.W. Setelah Nabi Muhammad S.A.W wafat, wujudlah kerajaan Khalifah Al Rashidin yang di terajui oleh sahabat-sahabat Nabi Muhammad. Pimpinan Saidina Abu Bakar As Siddiq R.A telah berusaha untuk menakluk Wilayah Palestin ini, namun tidak berhasil sehingga kepimpinan Saidina Umar Al Khattab R.A telah berjaya menumbangkan kerajaan Rom (Bizantium) pada tahun 638. Empayar Islam semakin berkembang sehingga berjaya menakluk hampir 1/3 dunia. Pada saat kegemilangan Empayar Khalifah Al Rashidin, Kerajaan Rom telah memperkukuhkan  kekuatan dan meletakkan sistem gereja sebagai kuasa tertinggi bagi pemerintahan dan kuasa. Sejak tahun 1000 masihi, tentera Kristian telah melakukan pelbagai usaha untuk menawan kembali wilayah Palestin. Pada 1063, Pope Alexander II telah mengeluarkan fatwa bahawa mengarahkan penganut kristian berjuang mendapatkan kembali Palestin dan barangsiapa yang berjuang akan diberi status kemulian dan pengampunan tertinggi. Sejak dari tahun ini, bermulalah Perang Salib. Peperangan Salib ini berterusan sehinggalah pada tahun 1099, tentera Salib berjaya menawan Palestin dan menguasai tanah suci ini selama hampir 200 tahun.
PENAWANAN SEMULA PALESTIN
5.           Palestin ketika ditawan, mempunyai pelbagai masalah di dalam pentadbiran apabila penentangan terhadap khalifah dan konflik dalaman yang menyebabkan tentera islam lemah dalam mempertahankan Palestin ketika diserang oleh tentera Rom pada 1099. Tentera Rom telah menawan Palestin dengan secara kejam dengan melakukan pembunuhan beramai-ramai kepada penganut agama islam dan memaksa menukar semula agama kembali kepada pihak Gereja yang ketika itu berkuasa penuh termasuklah menasihat Raja Rom pada ketika itu. Semangat yang tinggi yang ditiupkan oleh pihak gereja dengan menjanjikan jihad dan pengampunan dosa secara menyeluruh menyebabkan ramai penganut Kristian menyertai peperangan yang dinamakan Perang Salib ini. Keadaan ini berlanjutan sehinggalah lahirnya seorang pemimpin agung islam yang terkenal iaitu Salahuddin Al Ayubbi (1137-1193) yang mengagaskan Dinasti Ayubbi bangsa Kurdis yang memerintah sekitar Mesir dan Syria. Beliau sangat digeruni oleh lawannya yang dikenali oleh pihak barat dengan nama Saladin. Beliau amat bercita-cita tinggi dalam menawan semula Baitulmaqdis iaitu salah satu kota suci bagi umat islam. Semangatnya semakin membara setelah Tentera Salib mengugat dan menyerang rombongan penganut muslim untuk mengerjakan Haji di Mekkah. Raynald dari Chattilon merupakan Panglima Tentera Salib yang paling lantang terhadap dunia islam sehinggakan berani mengancam untuk menyerang Kota Suci Islam yang lain seperti Mekkah dan Madinah. Sebagai tindak balasnya Salahuddin Al Ayyubi telah menyerang Kerak iaitu Kubu pertahanannya pada tahun 1183. Perbuatan ini dibalas semula oleh Reynald dengan menyerang kabilah-kabilah islam yang dalam perjalanan menunaikan Haji pada tahun 1185.
                                    
                          Gambarajah 1: Potret Salahuddin Al Ayubbi
6.           Pada Julai 1187, Salahuddin mula memerangi Negara-negara Salib yang dikenali sebagai Perang Hattin. Angkatan tentera Salahuddin dengan mudah mengalahkan Tentera Salib dengan persenjataan dan taktik yang baik. Sehinggalah pada 2 Oktober 1187, Baitulmaqdis atau dikenali sebagai Jerusalem oleh Barat telah berjaya ditawan semula setelah 88 tahun dikuasai oleh Tentera Salib. Kejayaan ini amat berharga buat Sallahuddin Al Ayubbi.
7.           Salahuddin Al Ayubbi telah membuat perjanjian dengan Raja England ketika itu iaitu Raja Richard I di mana Baitulmaqdis akan terus dipimpin orang islam tetapi dibuka untuk penganut kristian bebas beragama di sana. Penduduk asal bagi Baitulmaqdis iaitu Bani Israel juga dibenarkan pulang dan dilayan sama rata seperti agama-agama lain tanpa gangguan. Kehidupan di Baitulmaqdis terus makmur dan aman sejak dari itu.
KEJATUHAN EMPAYAR TURKI UTHMANIYAH
8.           Baitulmaqdis iaitu Palestin terus dinaungi pemerintahan orang islam sejak ditawan semula oleh Salahuddin Al Ayubbi sehingga diperintah oleh Kerajaan Turki-Uthmaniyyah. Pada tahun 1516, Palestin telah menjadi wilayah Empayar Islam Turki-Uthmaniyyah setelah diambil alih daripada kerajaan Mamluk dalam Perang Marj Dabak. Pada Zaman Sultan Sulaiman al-Aqnuni (1538-1539), Kota-kota di Palestin dan Baitulmaqdis diperbaiki dan diletakkan di bawah pentadbiran Wilayah Sham yang berpusat di Damsyik. Palestin kekal dibawah pemerintahan Empayar Turki-Uthmaniyyah selama 4 abad lamanya. Pentadbiran Islam berakhir sebaik sahaja pihak Bristih berjaya menjajah wilayah ini.
BRITISH MENJAJAH PALESTIN
9.           Pada tahun 1914, Perang Dunia Pertama meletus di antara dua kuasa dunia iaitu Pakatan Bertiga yang terdiri dari Britain-Perancis-Rusia dan Pakatan Pusat iaitu Jerman dan Austria/Hungary. Peperangan meletus menyebabkan Amerika Syarikat dan Itali menyertai Pakatan Bertiga manakala Kerajaan Turki Uthmaniyyah pula menyertai Pakatan Pusat. Sehubungan dengan itu, Kerajaan Turki Uthmaniyyah diserang hebat oleh Pakatan Bertiga dan menyebabkan banyak wilayah kekuasaan Turki Uthmaniyyah telah ditawan oleh Negara Pakatan Bertiga termasuklah Wilayah Syam yang mentadbir Palestin pada ketika itu.
10.         Pasukan British di bawah pimpinan General Allenby telah berjaya menawan Palestin dari naungan Uthmaniyyah pada bulan Disember 1917. Pergerakan taktikal oleh Allenby telah membawa kejayaan British menawan bahagian selatan Palestin iaitu Baitulmaqdis. Secara rasminya pada tahun 1918, Baitulmaqdis dan Palestin jatuh ke tangan British dengan menewaskan Kerajaan Khalifah Islam terakhir di dunia iaitu Khalifah Bani Uthmaniyyah. Rentetan dengan penjajahan itu, bermulalah perpindahan bangsa yahudi secara besar-besaran ke Palestin dari tahu 1918 hingga 1947.
11.         Pada tempoh ini, Kerajaan Turki Uthmaniyyah telah menerima tamparan hebat dengan kehilangan besar wilayah-wilayahnya. Konflik dalaman yang telah menyuburkan semangat nasionalisme di kalangan negara-negara arab menyebabkan pepecahan. Pemerintah Semenanjung Arab  ketika itu, Emir Faisal I telah berpihak kepada British dan menyebabkan British telah menawan Iraq pada tahun 1917. Pada tahun 1919, Perang Dunia Pertama telah tamat dan menyebabkan kejatuhan kerajaan Turki-Uthmaniyyah yang didalangi oleh Mustafa Kamal Altaturk. Pihak British dan Perancis pula mula menjalankan menjajahan dan kolonisasi serta mewujudkan negara bangsa yang membina sempadan yang memisahkan kaum dan agama.
PENUBUHAN ISRAEL
12.         Akibat penjajahan British di bumi Palestin menyebabkan penghijrahan besar-besaran Bani Israel iaitu yahudi telah berlaku. Semasa Perang Dunia Pertama meletus, British telah mengunakan sukarelawan tentera yahudi bagi membantu menawan wilayah-wilayah Turki Uthmaniyyah. Sebagai balasan, Menteri Luar British iaitu Arthur Balfour telah mengeluarkan Deklarasi Balfour iaitu menyokong penubuhan negara yahudi di tanah Palestin. Bermula dari sokongan tersebut, penghijrahan pertama pada tahun sekitar 1904-1914 seramai 40 000 pendatang yahudi kembali ke Palestin dan keadaan ini berterusan kerana mereka mahu kembali kepada tanah yang dijanjikan tuhan seperti yang ternyata di dalam Kitab Taurat. Pada akhir sebelum meletusnya Peperangan Dunia Kedua hampir 33 peratus penduduk di Palestin adalah bangsa yahudi. Peningkatan pendatang telah memburukan keadaan sehingga terjadi pemberontakan arab pada tahun 1936-1939 dan memaksa pihak British mengeluarkan deklerasi Buku Putih 1939 yang mengehadkan kemasukan pendatang yahudi yang berleluasa di bumi Palestin.
                  
Gambarajah 2: Gambar dan Deklarasi Balfour
13.         Pada tahun 1947, Jawatankuasa Khusus PBB terhadap Palestin (UNSCOP) telah menyarankan bahagian barat Palestin harus dibahagi kepada tiga kategori, iaitu wilayah negara yahudi, wilayah negara arab dan ketiga wilayah yang dikuasai dan diperintah oleh PBB (Corpus Separatium) iaitu sekitar bandar Baitulmaqdis. Resolusi ini dikatakan hanya menguntungkan bangsa yahudi yang dianggap sebagai pendatang. Liga Arab dan Komuniti Tinggi Arab tidak bersetuju dan menentang rancangan pemisahan ini dengan alasan kaum yahudi mendapat 55 peratus dari seluruh wilayah Palestin. Pada  1 Disember 1947, Komuniti Tinggi Arab telah melancarkan mogok selama 3 hari dan menyerang populasi yahudi di sekitar bumi Palestin hingga tercetusnya Perang Saudara hingga pada akhirnya menyebabkan ekonomi penduduk Palestin runtuh dan menyebabkan 250 000 penduduk Palestin menjadi pelarian dan diusir.
14.         Dalam menjayakan penubuhan Negara Israel, pendatang yahudi telah menlancarkan perang psikologi dan cemuhan kepada masyarakat Arab yang tidak bersatu. Pasukan Irgun dan Haganah ditubuhkan sebagai kumpulan penganas dari kalangan yahudi. Mereka merancang keganasan ke atas masyarakat Palestin. Pada 10 April 1948, Pasukan Irgun telah melakukan pembunuhan seramai 250 masyarakat islam di Desa deir Yassin manakala Pasukan Hanagah pula melancarkan serangan dan mengusir semua penduduk di perkampungan kelas pertengahan. Ini hanyalah dua contoh dari keganasan yang dilakukan ketika bumi Palestin masih lagi dibawah naungan British. Zionis telah berjaya mencengkam dan menzahirkan kewujudan mereka di situ dan melemahkan masyarakat Arab yang tidak bersatu.
15.         Pada 14 Mei 1948, Ben Gurion telah mengadakan majlis bagi mewartakan kewujudan negara baru iaitu Israel, namun sehari selepas perwartaan negara ini, Pasukan Irgun dan Hanagah telah  menyerang wilayah Jaffa dengan melakukan keganasan di Deir Yassin dan menyebabkan 70 000 penduduk Palestin di kawasan bandar melarikan diri. Tindakan ini telah menimbulkan ketegangan dan kemarahan Liga Arab dan menyebabkan tercetusnya Perang Israel-Arab pada 15 Mei 1948. Peperangan ini akhirnya berkesudahan dengan perjanjian gencatan senjata dan hampir setengah wilayah yang diberikan oleh PBB kepada penduduk Arab telah ditawan Israel, manakala Genting Gaza diserahkan kepada Mesir dan Tebing Barat diserahkan kepada Jordan. Sepanjang konflik ini menyebabkan hampir 711 000 penduduk Arab Palestin diusir keluar dari Palestin .
KONFLIK ARAB-ISRAEL
16.         Israel adalah negara yang tidak pernah berpuas hati dan menganggap hanya bangsanya adalah bangsa yang mulia di dunia dan menganggap bangsa lain sama taraf seperti binatang telah melakukan pencerobohan demi pencerobohan. Perang Enam Hari yang berlaku pada 10 Jun 1967 rentetan dendam akibat kekalahan peristiwa Perang Arab-Israel pada 1948. Landskap politik di timur tengah berubah dan bergolak akibat situasi Perang Dingin diantara 2 buah kuasa dunia baru iaitu Amerika Syarikat (USA) dan Kesatuan Soviet (USSR) yang ingin melebarkan kuasanya termasuklah Negara-negara Arab. Negara-negara Arab mengalam krisis politik dalaman yang teruk, ditambah lagi dengan isu Israel dan Palestin. Di Mesir, berlakunya revolusi menjatuhkan sistem monarki dan Gamel Abdul Nasser, telah menjadi Presiden Mesir bersama sekutunya Syria yang diperintah oleh Parti Baath yang radikal berazam menghalau Israel. Ketegangan berlaku apabila Mesir yang dipimpin oleh Gamel Abdul Nasser telah memiliknegarakan Terusan Suez menjadi milik Mesir yang mana pada ketika itu, bebas dilalui oleh Israel dan Barat. Tindakan Mesir itu, telah menyebabkan kepentingan ekonomi barat terjejas. Punca lain juga berlaku, apabila berlaku krisis perebutan sumber air dan sempadan di antara Israel dan Lubnan serta Syria. Ini menyebabkan Lubnan dan Syria juga telah bersekutu dengan Mesir untuk melancarkan perang terhadap Israel.
17.         Akibat dengan tindakan Mesir, Israel yang bersekutu kuat dengan British dan Perancis telah menyebabkan Perang Enam Hari meletus dimana perperangan ini berlaku di Semenanjung Sinai setelah Mesir menutup Selat Tiran terhadap kapal dagang Israel. Peperangan berlaku selama enam hari sehingga mendapat campur tangan PBB (Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu) apabila Mesir telah diaibkan apabila kalah kepada Israel. Perjanjian Gencatan Senjata berlaku dan pada akhirnya membawa kerugian kepada umat islam di Palestin apabila keluasan Israel bertambah tiga kali ganda dengan merampas Semenanjung Gaza dan Sinai dari Mesir serta Tebing Barat dan Jerusalem timur dari Jordan juga Dataran Tinggi Golan dari Syria. Walaupun Mesir tewas dari segi ketenteraan, krisis tersebut berjaya menaikan reputasi Nasser sebagai Ketua Negara Arab. Krisis itu juga menamatkan penguasaan British-Perancis di timur tengah apabila Perdana Menteri British Anthony Eden dan Perdana Menteri Perancis, Guy mollet meletak jawatan. Selepas Krisis Suez, PBB menghantar pasukan United Nation Emergency Force (UNEF) bagi mengawal sempadan Mesir-Israel.

PLO DAN HAMAS
18.         Kegagalan Negara-negara Arab pada Perang Enam Hari, menyebabkan bangsa Palestin perlu menwujudkan Barisan Kemerdekaan mereka sendiri. Penubuhan Palestin Liberation Organization (PLO) pada akhir 1960an dan awal 1970an terbentuk hasil pengabungan parti-parti Palestin yang diiktiraf Liga Arab. PLO berhasrat menghapuskan Negara Israel melalui tindakan bersenjata. Piagam PLO pertama menekankan penyelesaian konflik Arab Israel melalui dua Negara, yakni penubuhan Negara Palestin yang bersempadanan dengan Israel dan menjadikan Baitulmaqdis sebagai ibu negara Palestin. Akibat konflik yang masih berpanjangan tanpa kedua-dua belah pihak tidak mahu bertolak ansur. Pada tahun 1993, Pengerusi PLO dan Parti Fatah iaitu Yasser Arafat dalam surat rasminya kepada Perdana Menteri Israel, Yitzak Rabin telah mengiktiraf kedaulatan Israel. Israel membalasnya dengan mengiktiraf PLO sebagai wakil penduduk Palestin yang sah. Perjanjian Oslo dibuat secara rahsia dengan pihak Israel  dimana Israel menyerahkan Semenajung Gaza dan Jericho kepada penduduk Palestin dibawah pentadbiran Pihak Berkuasa Palestin (PA) yang mana Yaser Arafat menjadi Presiden PA pada Januari 1996 dalam pilihan raya. Yaser Arafat yang menyandang jawatan Pengerusi Jawatankuasa ekskutif PLO sejak dari 1969 hingga meninggal dunia pada tahun 2004 dan digantikan oleh Mahmoud Abas.
                                       
Gambarajah 3: Gambar Presiden PLO Yasser Arafat
19.         Berlanjutan dengan itu, PLO telah menegaskan pendirian bahawa Israel adalah negara berdaulat, namun begitu, langkah ini tidak menghentikan tindakan biadap Israel dari terus menyerang Penduduk Palestin. PLO juga telah membalas serangan walaupun Perjanjian Oslo telah ditandatangani, ini kerana Israel telah memungkiri dengan memberikan alasan kebimbangan kemampuan PLO mendirikan sebuah negara dari segi pentadbiran dan menolak keganasan yang dilakukan PLO.

20.         Penubuhan Hamas pula ditubuhkan oleh Sheikh Ahmad Yassin pada tahun 1987, Penubuhan Hamas ini adalah sayap dari Pergerakan Ikhwanul Muslimin yang mana lebih radikal dalam membalas serangan pencerobohan Israel. Hamas tidak bersetuju dengan tindakan Yaser Arafat dari Parti Fatah dan PLO yang mengakui kedaulatan Negara Israel. Piagam Hamas jelas iaitu Negara haram Zionis Israel dimusnahkan dan digantikan dengan sebuah Negara Islam yang adil dan aman. Hamas sering menunjukan sentiment anti Zionis dan berjuang melawan Israel melalui Jihad. Briged Al Qassam merupakan sayap ketenteraan Hamas yang paling digeruni Israel.
21.         Pilihanraya Palestin pada Januari 2006, telah memperlihatkan Hamas telah memenangi pilihanraya dengan mengalahkan Parti Fatah pimpinan Mahmoud Abas. Ismail Haniyeh telah dilantik menjadi Perdana Menteri Palestin. Keadaan ini membimbangkan Israel dan Amerika Syarikat kerana sekutunya Fatah gagal memerintah Palestin. Mahmoud Abas yang menjadi Presiden bertindak membubarkan Parlimen dan tindakan itu menyebabkan peperangan diantara Pihak Hamas dan Fatah.
22.         Rakyat Palestin telah memberi kepercayaan kepercayaan dan undi kepada Hamas pada Pilihanraya 2006 kerana menyakini Hamas boleh dan bersedia mempertahankan hak dan membebaskan tanah air mereka yang terjajah. Fatah pula semakin dipersoalkan kerana hilang arah tuju perjuangan disamping banyak dilihat banyak mejayakan agenda Israel atau lebih tepat lagi adalah bersekongkol dengan aspirasi Zionis. Disebabkan oleh itu, Rakyat Palestin telah mempertaruhkan nyawa mereka dengan memberikan kepercayaan kepada Hamas membentuk PA mengantikan Fatah. Perkara ini tidak menyenangkan Amerika Syarikat dan Israel kerana mereka menganggap Hamas adalah pertubuhan penganas. Apabila Hamas mendapat mandat daripada rakyatnya, Hamas telah mempelawa Fatah untuk turut serta dalam membentuk kerajaan, Bagi Hamas, aspirasi Palestin adalah agenda besar yang sepatutnya disokong oleh seluruh warganya, mereka tidak akan mengorbankan aspirasi nasional atas kepentingan parti atau kelompok yang sempit. Namun Parti Fatah menolak pengabungan itu malah rela menjadi pembangkang.

INTIFADA PALESTIN
23.         Menyingkap perkataan Intifada adalah bermaksud melepaskan diri atau dalam satu istilah arab adalah penentangan dan pemberontakan. Intifada meletus akibat kesedaran rakyat Palestin yang semakin ditindas oleh Rejim Zionis dengan pencerobohan tanah dan pengusiran rakyat Palestin. Intifada berlaku bermula dengan melemparkan batu oleh remaja Palestin, pelancaran roket oleh Pejuang pembebasan Palestin ke penempatan penceroboh Israel sehinggalah aksi pengeboman berani mati bagi menyekat kemaraan dan pencerobohan tentera Zionis. Intifada berlaku sebanyak 3 kali semenjak penubuhan Negara Israel iaitu kali pertama, pada tahun 1987 sehingga 1993 hingga menyebabkan tercetusnya Perjanjian Oslo. Kali kedua, yang dinamakan Intifada Al-Aqsa bermula pada September 2000 hingga Febuari 2005 yang merupakan konflik berdarah terburuk dan kali ketiga pada 2008 hingga 2009 yang dinamakan konflik Gaza-Israel.
24.         Intifada Pertama berlaku pada Disember 1987 hingga 1993 bermula dari pemberontakan Palestin menentang pencerobohan Zionis di Kem Pelarian Jabalia dan tersebar di seluruh Gaza, Tebing Barat dan Timur Baitulmaqdis. Tindakan Palestin yang lantang menentang adalah kali pertama dilihat apabila Rakyat Palestin bersatu dalam mencapai kemerdekaan. Tindakan melakukan rusuhan, mogok umum, boikot ke atas produk Israel, keengganan membayar cukai dan grafiti. Demontrasi yang dilakukan menimbulkan kekacauan yang besar termasuklah remaja Palestin melontar batu ke atas tentera Israel namun dibalas dengan tembakan peluru yang akhirnya mengorbankan banyak nyawa. Intifada ini menyebabkan kematian hampir 164 warga Israel, 1100 penduduk Palestin dan 120 000 rakyat Palestin ditangkap dalam konflik 6 tahun itu. Akhirnya Intifada ini berakhir dengan Perjanjian Oslo yang mana Yaser Arafat yang menjadi Pemimpin Palestin ketika itu mengiktiraf Israel sebagai negara dan Israel bersetuju memberikan Gaza dan Jericho kepada pentadbiran Palestin (PA).
25.         Konflik tercetus apabila membantah lawatan Perdana Menteri Israel Ariel Sharon ke Temple Mount atau Al Haram Al Sharif yang mana merupakan kawasan suci bagi kedua-dua agama iaitu yahudi dan islam. Intifada kedua ini dinamakan Intifada Al Aqsa yang menyebabkan rusuhan penduduk awam dan konflik ketenteraan diantara Angkatan Pertahanan Israel (IDF) dengan Rakyat Palestin. Lawatan Ariel Sharon yang melawat Gunung Bait diiringi lebih 1000 orang pengawal keselamatan pada 29 September 2000 mencetuskan ketegangan apabila Ariel Sharon, calon Parti Likud bagi Perdana Menteri Israel dengan lantang mengatakan “Gunung Bait adalah di tangan kita dan kekal di tangan kita. Ia adalah tapak suci agama yahudi dan ia adalah hak setiap orang yahudi untuk melawat Gunung Bait”. Palestin mendakwa perbuatan ini adalah satu provokasi dan menyebabkan permulaan Intifada kedua. Dalam tempoh lima hari pertama rusuhan dan pertempuran selepas lawatan itu, menyaksikan IDF telah mencederakan 1885 dan membunuh 47 rakyat Palestin manakala 5 warga Israel mati. Palestin menganggap Intifada Kedua ini adalah sebahagian perjuangan yang berterusan untuk kemerdekaan dan mengakhiri pendudukan Israel namun Israel memandangnya sebagai tindakan keganasan yang memberi peluang kepada Israel membunuh ramai Rakyat Palestin dalam alasan mempertahankan diri dari keganasan.
26.         Tindakan Palestin dengan melaksanakan bantahan besar-besaran dan mogok umum, serangan bersenjata terhadap tentera Israel, pasukan keselamatan, polis dan orang awam. Tindakan serangan yang dilakukan adalah pengeboman berani mati, melancarkan Roket Qassam dan mortar keatas wilayah Israel, penculikan tentera dan pembunuhan. Ini menyebabkan Israel membendungnya dengan penubuhan pusat pemeriksaan dan menguatkuasakan perintah berkurung yang ketat di kawasan-kawasan tertentu. Sekatan kemudahan dan tindakan keras diambil bagi menyekat serangan yang makin berterusan.
27.         Intifada ini juga dinamakan sebagai Perang Oslo kerana Israel menganggap tindakan ini akibat hasil dari penjanjian Oslo. Pemimpin Palestin iaitu Yasser Arafat dipersalahkan kerana gagal membendung keganasan rakyatnya dan dianggap memulakan intifada terhadap Israel. Namun Palestin menyalahkan Israel kerana provokasi dan pencerobohan yang dilakukan Israel selama ini. Kedua-dua pihak tidak mahu mengalah malah menyalahkan antara satu sama lain.
28.         Intifada kedua ini mula reda apabila Pemimpin Palestin iaitu Yasser Arafat telah jatuh sakit dan meninggal dunia pada November 2004. Perpecahan dan konflik dalaman Palestin selepas kematian Pemimpin Palestin itu memuncak hingga tercetusnya konflik Fatah dan Hamas. Pengunduran Tentera Israel dari Semenanjung Gaza pada bulan Ogos 2005 sebagai isyarat pengakhiran Intifada kedua dengan pengikraran Presiden Mahmoud Abbas penganti Yasser Arafat di persidangan Sharm El Sheikh untuk menamatkan intifada ini dan Perdana Menteri Israel, Ariel Sharon bersetuju membebaskan 900 Rakyat Palestin yang ditahan Pihak Berkuasa Israel. Jumlah kematian yang direkodkan ketika Intifada kedua ini meletus adalah 4789 orang Palestin dan 1053 warga Israel dan ini merupakan pertumpahan darah terburuk dalam Konflik Palestin-Israel.
29.         Intifada Ketiga mula tercetus apabila Israel melancarkan satu siri serangan udara yang dikenal dengan nama Operation Cast Lead pada 27 Disember 2008. Operasi ini mensasarkan kepada ahli-ahli Hamas dan infrastruktur mereka. Tindakan Israel ini didakwa untuk memusnahkan keupayaan dan motivasi Hamas kerana mendakwa serangan itu sebagai tindak balas serangan roket Hamas ke atas Israel. Hamas menyalahkan Israel kerana tidak mematuhi syaratnya termasuk menamatkan pengepungan Semenanjung Gaza dan ini merupakan persengketaan terburuk sejak Hamas menjadi kerajaan di Palestin. Operasi pengeboman oleh Pesawat Pejuang F-16 dan Helkopter AH-64 Apache ditentang hebat oleh tembakan Roket Qassam di kawasan pendudukan haram Yahudi. Hampir 225 orang terbunuh pada hari pertama serangan. Rekod melaporkan pada 4 Januari 2009, korban Palestin hampir mencecah 500 orang. Angkatan Tentera Udara Israel telah meledakan 100 tan bom dan 95 peratus mencapai sasaran yang dikehendaki. Menurut sumber Israel, mereka telah berjaya memusnahkan 50 pusat keselamatan Hamas dan Pihak Berkuasa Pentadbiran (PA) pimpinan Hamas.
30.         Akhirnya persengketaan ini mendapat campur tangan PBB yang mengesa Resolusi Gencatan Senjata pada 8 Januari 2009. Resolusi ini mendesak gencatan senjata dipatuhi sepenuhnya sehingga membawa pengunduran tentera Israel dari Gaza. Pada 9 Januari 2009, Wakil China, Qin Gang mengesa PBB agar usaha politik diteruskan agar tertubuhnya sebuah Negara Palestin yang bebas.

            Gambarajah 4: Kehilangan Tanah Palestin Tahun 1946 hingga 2000
KEMERDEKAAN PALESTIN
31.         Palestin telah diistihar merdeka pada 15 November 1988 oleh Palestin Liberation Organization (PLO) secara tidak rasmi dengan mengemukakan Deklarasi Kemerdekaan Palestin yang menuntut Baitulmaqdis sebagai ibu negara. Sidang Kemuncak Liga Arab 1974 telah menetapkan hanya PLO sebagai wakil sah Rakyat Palestin dan mengesahkan hak mereka untuk menubuhkan sebuah Negara merdeka . PLO juga menjadi Pemerhati di Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) iaitu sebagai “non-entiti state” yang mana berhak untuk bersuara dalam Perhimpunan Agung PBB namun tidak layak untuk mengundi.  Sehingga November 2012, 138 daripada 193 Negara anggota PBB telah bersetuju mengundi bagi mengiktiraf Negara Palestin secara rasminya. Presiden Palestin, Mahmoud Abbas telah mengumumkan kemerdekaan Palestin pada 29 November 2012 setelah 65 tahun berjuang.
                                                  KESIMPULAN
32.         Secara keseluruhanya, kupasan ringkas tetapi padat yang diutarakan ini merupakan kisah sejarah dan perjalanan sejarah bagi Palestin dan Israel. Perjalanan perjuangan Palestin dari membebaskan dari pencerobohan Israel sukar dilaksanakan akibat keengganan sekutu kuat Israel iaitu Amerika Syarikat dan Barat tidak mahu melihat kejayaan sesebuah negeri muslim untuk berjaya. Kekuatan suara negara-negara Islam dalam organisasi besar seperti OIC (Organization of the Islamic Conference) dan Liga Arab gagal kerana masih mengikut telunjuk Barat yang memonopoli ekonomi mereka dan menyebabkan segala resolusi yang dikeluarkan OIC tidak mendapat perhatian Sekutu Israel.
33.         Secara keseluruhanya, umat islam hanya memainkan peranan yang umum dan tidak lagi memenuhi matlamat umat islam di Palestin. Hal ini terjadi kerana peranan yang dilaksanakan hanyalah berupa sumbangan dan bantuan kemanusiaan sahaja. Pada ironiknya, Palestin masih lagi dijajah dan pengaruh Israel. Selain itu, meskipun negara-negara islam mempunyai pertubuhannya yang tersendiri seperti OIC dan Liga Arab, mereka masih lagi berada di bawah pengaruh Amerika Syarikat serta tidak mempunyai semangat dan kerjasama yang kukuh antara negara islam. Oleh hal yang sedemikian segala usaha yang diusulkan untuk membantu Palestin hanyalah sia-sia. Umpamanya Mesir telah menyekat bantuan kemanusiaan di sempadan Palestin dengan menutup pintu yang mengabungkan kedua-dua negara. Malah hanya dibuka dengan hanya keizinan Israel. Ini telah menunjukan bahawa kegagalan OIC dalam persepakatan dalam menangani isu Palestin. OIC hanya mampu mengecam dan mengutuk Israel dan tidak lebih berbuat apa-apa dari itu. Kelemahan  yang nyata ini telah terbukti, serangan besar-besaran Israel ke atas Gaza pada Intifada yang ketiga. Kritikan dan kecaman ini tidak dapat memberhentikan tindakan keganasan Zionis malah Israel seolah-olah mencabar negara Islam. Malah OIC juga tidak berani membuat apa-apa kenyataan yang dapat memberi amaran keras kepada Israel.
34.         Kerajaan Malaysia dilihat amat bersimpati dengan kesengsaraan penduduk palestin dan berusaha keras mendapat sokongan antarabangsa agar Israel dihadapkan ke muka pengadilan antarabangsa di Geneva atas melakukan kekejaman ke atas hak asasi manusia ke atas rakyat palestin. Kerajaan juga memberikan sokongan padu disamping mengecam sekeras-kerasnya terhadap Israel. Banyak Pertubuhan  Bukan Kerajaan (NGO) diwujudkan bagi membantu Palestin ini, antaranya ialah Aman Palestin, IPM, Mercy dan Viva Palestin diwujudkan oleh rakyat Malaysia dalam membantu dalam mengumpulkan dana dan menjalankan pelbagai aktiviti dalam menyedarkan rakyat Malaysia tentang kekejaman Israel dan kesengsaraan penduduk Palestin. Bantuan kemanusiaan seperti makanan, perubatan dan pendidikan dihulurkan bagi memastikan rakyat Palestin dapat meneruskan kehidupan mereka yang diambang peperangan. Tindakan Perdana Menteri Malaysia, Dato Seri Najib bin Hj Tun Abdul Razak juga dipuji kerana keberaniannya menjadi Perdana Menteri Malaysia pertama menjejakan kaki ke Gaza dalam lawatan rasmi yang singkat bagi menemui Perdana Menteri Palestin, Ismail Haniyeh pada 23 Januari 2013 bagi mendalami kesengsaraan rakyat Palestin walaupun mendapat kecaman segelintir masyarakat.
35.         Disamping itu, masyarakat islam turut menyatakan sokongan padu mereka kepada rakyat Palestin dengan melakukan solat hajat, demontrasi dan mengutip sumbangan kewangan  untuk disampaikan kepada mangsa Zionis. Terdapat negara islam yang turut membantu Palestin secara berkesan antaranya, Iran yang turut membekalkan senjata kepada Pejuang Palestin secara sulit, Syria memutuskan rundingan dengan Israel dan Emiriah Arab Bersatu yang mengumpul dana bagi memulihkan semula kerosakan di Gaza. Keadaan ini jelas menunjukan umat islam masih menyayangi saudara mereka di Tebing Barat.
                                                                                                                  (4138 Patah Perkataan)

BIBLIOGRAFI

Buku
1.         Dr. Abdul Karim Ali,Dr Mohd Ruslan bin Mohd Nor, Baitulmaqdis:Sejarah Kejatuhan Palestin dan Penubuhan Israel, Persatuan Ulama’ Malaysia Dengan kerjasama Yayasan Takwa, 2011. 

2.         Bishara Marwan, Palestin/Israel:Keamanan atau Apartied:Pendudukan,Keganasan dan Masa Depan , Zed Books Ltd. 2001

Internet

3.            Internet-http://ms.wikipedia.org/wiki/Konflik_Israel-Palestin
4.          Internet-http://en.wikipedia.org/wiki/First_Intifada
5.          Internet- http://en.wikipedia.org/wiki/Second_Intifada
6.              Internet- http://en.wikipedia.org/wiki/Gaza-Israel_conflict
7.         Internet- http://ms.wikipedia.org/wiki/Salahuddin_al-Ayyubi

8.         Internet-http://eprints.um.edu.my/2004/1/05_Bil_5_Konflik_Palestin_dan_Harapan_Masa_Depan_Dr_Roslan.pdf

9.         Internet- http://en.wikipedia.org/wiki/State_of_Palestine.

10.       Internet- http://ms.wikipedia.org/wiki/Perisytiharan_penubuhan_negara_Israel

Akhbar

9.         Sinar Harian 17 Disember 2012.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...