Sunday 27 November 2011

Peragut ditangkap dan dibogel di Tempat Awam!

Nasib seorang Peragut ditangkap dan di bogelkan di khayalak ramai apabila peragut berkenaan ditangkap selapas meragut beg tangan seorang perempuan tua. Peragut berkenaan di pukul dan di bogelkan oleh orang ramai selepas berjaya ditangkap lalu dibiarkan berdiri di tepi jalan raya yang sibuk.

Peragut itu dipermalukan di depan orang ramai di bandar Providencia, Mexico, lapor Daily Mail, Rabu (16/11/2011), setelah beberapa orang mengejar dia selepas mendengar teriakan minta tolong dari seorang perempuan. Apabila berjaya menangkapnya, Orang ramai memukul dan menanggalkan semua pakaiannya.

Peragut tersebut kemudiannya di kerumuni orang ramai yang bersorak dan bertindak melemparkan duit syiling dan botol plastik ke arah peragur berkenaan. Dia mencuba untuk menaiki kenderaan yang melintasi jalan tersebut dan meminta tolong tapi ditolak. Dia kemudiannya di ambil seorang anggota polis.

Di Pecat selepas Menunjukan Isyarat Lucah kepada Obama!

Seorang wartawan Stesyen TV terkenal di Rusia, Tatiana Limanova, dipecat setelah menunjukan isyarat lucah iaitu menaikan jari tengahnya setelah menyebutkan nama Presiden AS Barack Obama dalam sebuah siaran berita. Mengacungkan jari tengah adalah gerak tubuh yang dianggap sangat tidak sopan di AS dan di beberapa tempat lain di dunia.
Stesyen TV swasta REN TV telah memecat Limanova dalam pernyataan rasmi pada hari Kamis (24/11/2011). "Pengurus besar REN TV menganggap ini sebagai kesalahan berat terhadap disiplin siaran dan menunjukan sikap tidak Profesional," menurut pernyataan itu.

Kejadian tersebut berlaku pada 14 November lalu,apabila Limanova memjadi pemberita untuk Berita Tengahari. Acara tersebut berlangsung  apabila Limanova—pemenang penghargaan televisyen TEFI Award yang berprestij di Rusia—mula membacakan berita mengenai KTT APEC di Hawaii.

"(Presiden Rusia) Dmitry Medvedev menjadi ketua organisasi Kerja Sama Ekonomi Asia Pasifik (APEC) hari ini," tutur Limanova membuka berita tersebut. "Jawatan ini sebelumnya dipegang oleh Presiden AS Barack Obama." Selpas selesai membacakan penyataan tersebut, pemberita terus mengacungkan tangan kirinya dari meja dan menunjukkan jari tengahnya ke kamera.

Limanova dikhabarkan dipecat hari itu juga. Secara rasmi, pihak REN TV mengatakan,  Limanova pada masa berkenaan  sebenarnya mengarahkan jari tengahnya kepada juru kameranya dan tidak sedar saat itu ia masih ditayangkan di televisyen.


Friday 4 November 2011

Perjalanan Seorang Perwira Muda-Part 3

Alkisahnya setelah selesai pemilihan awal tersebut maka ramailah tidak percaya akan kebolehan ku ini. iyalah dah la kecik boleh dapat pulak hahaha. Ramai kawan-kawan bertanya Eh! ko pakai kabel ke? hmmm mana ada.... dalam keturunan aku tak ada sape lagi yang jadi askar. Emm Rezeki lah Allah dah bagi. Alhamdulillah.
Sekian seminggu ku menunggu surat panggilan yang diharapkan. Err.. bukannya harap sangat sayang sebenarnya nak tinggalkan sekolah lama tapi malu pula kalau tak dapat sebab dah kecoh satu sekolah kerana aku dapat yang dapat masuk dewan pemilihan dalam ramai-ramai yang hadir pemilihan lepas hehehe.

SURAT TIBA

Setelah menunggu hampir seminggu maka surat di ditunggu sudah tiba, Hmm apabila pulang dari sekolah, ayahku memberitahu surat panggilan pemilihan akhir dah sampai, dan keputusannya aku dah dapat. Tebal juga surat tu, surat panggilan pemilihan akhir melanjutkan pelajaran ke Sekolah Pertukangan Perantis Tentera Darat! Wahh gaya surat ni ada lambang ATM dengan Cop Rasmi besar kat kepala surat. huhuhu. gementar aku membaca satu persatu surat tersebut. Dalam surat tersebut aku di fahamkan bahawa aku telah layak menjalani pemilihan akhir di Port Dickson! Aku dikehendaki meminta perlepasan sekolah selama 2 minggu untuk menjalani pemilihan akhir tersebut! Aku juga diminta untuk membawa Imbasan X Ray badan untuk pemeriksaan kesihatan. Disertakan juga surat kepada hospital untuk membuat imbasan XRay berkenaan dengan percuma dan juga Waren Keretapi Taiping-Seremban.

Alhamdulillah surat panggilan dah dapat! aku ada masa dua hari lagi untuk buat persiapan termasuklah dokumen diri dan imbasan XRay berkenaan. Hmm tanpa membuang masa ayahku mengajak untuk ke Hospital Taiping untuk membuat XRay. Aku membawa surat berkenaan dan beratur untuk mengambil giliran. Wahh ramai juga yang membuat XRay ni. Ketika berbaris, ada sorang pakcik yang membawa anak perempuannya di hadapanku. Dia tersenyum kepada ku dan berkata kepada ayahku bahawa anaknya berjaya melanjutkan pengajian di MRSM. Wahh bangga tol ayah die ni, anak pun sombong. Mentang-mentanglah kita ni tak smart. huhu. pakcik tersebut sambil berbual dengan ayahku bertanyakan tentang tujuan ayahku berbaris di kaunter hospital dan ayahku memberitahu tujuan yang sama iaitu membuat Imbasan XRay. Pakcik tersebut terkejut melihatku (mungkin tak macam budak pandai kot) lalu dia bertanyakan sekolah mana yang saya akan pergi dan ayahku menjawab dengan spontan Sekolah tentera jer... Pakcik tu pun terkejut dan terdiam. hehehe terkejut dia tengok kepala surat yang ku bawa ada lambang ATM! hehehe

Bersambung...

Sunday 30 October 2011

Lelaki bernikah lagi pada umur 120 tahun!


Tidak ada kata tua untuk mencari kebahagiaan. Itulah yang dilakukan Haji Abdul Noor yang bernikah lagi saat usianya sudah 120 tahun.
Enam tahun selepas isteri pertamanya meninggal, Noor bernikah lagi dengan Samoi Bibi (60) di Satghori, sebuah desa terpencil di Karimganj, Daerah Assam, seperti yang diterbitkan dalam Times of India, Rabu lalu.
Di kampung yang tenang itu, pernikahan pasangan lanjut usia ini menjadi sebuah majlis yang besar. Pernikahan ini dihadiri lebih dari 500 tetamu.
"Dalam pendaftaran negara, usia saya ditulis 116 tahun. Namun, sebenarnya saya berumur 120 tahun," kata Noor.
Anak-anak Noor sendiri yang mencari isteri baru bagi ayah mereka. "Tak lama setelah ibu meninggal, ayah meminta kami mencarikan dia isteri agar ada yang menjaga beliau," kata Haji Azir Uddin, anak lelaki Noor.
Uddin mengakui, bukan senang untuk mencarikan isteri bagi orang yang berusia 100 tahun. "Namun, dengan pertolongan Tuhan, kami berhasil menemui ibu baru meskipun usianya separuh usia Ayah. Dia pernah menikah, tetapi suaminya meninggal dan dia tidak dikurniakan anak," lanjut Uddin.
Noor memimpin satu keluarga besar yang terdiri dari 122 orang, termasuk dua anak lelaki, empat anak perempuan, dan banyak sekali cucu.

Perjalanan Seorang Perwira Muda-Part 2

PEMILIHAN AWAL

Apabila gemuruh melihat terlalu ramai pelajar lain yang juga mahu mencuba nasib, aku juga mulai ragu akan kebolehanku. Ishh.. boleh ke ni? hmm... tibalah saat pemilihan dimulakan seorang pegawai pemilihan mulai memanggil semua calon-calon untuk memberikan Slip peperiksaan PMR untuk dinilai. Aku juga mula memberikan slip ku dengan harapan tinggi. Alhamdulillah keputusan yang sederhana mungkin kredit untuk ku meloloskan diri melepasi untuk ke peringkat seterusnya. Selepas beberapa minit, Pegawai pemilihan mula keluar dan menyatakan, nama sesiapa yang dipanggil, boleh mengambil slip peperiksaan kembali dan terus pulang. dalam erti kata yang lain gagal lah dalam pemilihan tersebut.

Aku gemuruh nama seorang demi seorang mula dipanggil, kawan-kawan sekolahku juga dipanggil lalu mengambil slip peperiksaan dengan wajah yang kecewa. Aku semakin risau apabila melihat slip yang tebal semakin lama, semakin nipis... Aku berdoa agar aku dipilih untuk untuk masuk kedalam dewan untuk melalui proses pemilihan yang seterusnya.. Alhamdulillah nama-nama selesai di panggil. Wahh Alhamdulillah aku terpilih! kata dalam hati kecilku.. Pegawai pemilihan kemudiannya mengumumkan bahawa kepada nama-nama yang tidak dipanggil boleh masuk ke dewan.

Aku memandang ke arah ayahku. Dia tersenyum dan mengangguk menunjukan gembira kerana aku dipilih untuk masuk ke dalam dewan, Baru aku tahu Pegawai pemilihan meneliti semua keputusan PMR calon yang sesuai, mereka tidak mahu terlalu baik dan tidak mahu terlalu teruk untuk memasuki sekolah ini. Mujurlah keputusan yang sederhanaku dipilih.

DEWAN PEMILIHAN

Seramai 40 calon yang berjaya ke proses seterusnya dan dipanggil masuk ke dalam dewan. Aku gementar mujurlah seorang lagi rakan satu sekolah juga berjaya. Hmm aku masuk ke dalam dewan dan di minta duduk. Kami diberi taklimat ringkas tentang sekolah ini. Pelbagai kemudahan dan sukatan pelajaran Vokasional yang akan kami belajar sepanjang 2 tahun berada di sekolah ini. Wah segaknya, ke kelas memakai pakaian kerja tentera! dan yang pentingnya semua percuma! Selesai Taklimat ringkas, kami diberi kertas dan di minta menulis esei kenapa saya berminat berkhidmat di dalam Tentera Darat. Aku mula berfikir apa yang aku nak 'Goreng' ni hehehe,,, aku mula mem'bantai; menulis karangan yang aku rasa dalam meyakinkan Staf pemilihan ini memilih aku heheh aku tulis nak bantu keluarga, nak meningkatkan tahap keyakinan diri, nak berjasa kepada negara dan menjadi pemuda yang berguna. hehehe.

Wahh.. setelah setengah jam diberi masa menulis esei berkenaan. kami dipanggil untuk ujian fizikal... Alamak ni yang aku tak berapa yakin ni. kami beratur, mula sekali kami diukur badan, tinggi, berat, kaki semuanya dinilai, kalau pernah patah tulang akan terus disuruh keluar dan gagal. hadapanku ada seorang calon apabila di periksa kakinya, Staf pemilihan memberitahunya supaya pulang kerana tapak kakinya lurus..bak kata orang kaki itik! Wahh ketatnya pemeriksaan ni... Alhamdulillah aku lepas semua ujian-ujian ini. dan di akhir pemilihan hanya ada 10 calon sahaja termasuk aku yang berjaya melepasi semua ujian-ujian tersebut. Fuhh! bahaya..

Kesemuanya calon-calon akhir ini dipanggil untuk diberikan taklimat akhir. kami diberikan ucapan Tahniah kerana berjaya melepasi sesi pemilihan. kami semua diberitahu bahawa kami boleh pulang dan menunggu surat panggilan dari Cawangan Sumber Manusia ATM. Sekiranya kami menerima surat yang tebal maknanya kami akan dipanggil untuk megikuti pemilihan Akhir di Port Dickson manakala jika menerima surat yang nipis bermakna Calon gagal. Alamak ada lagi ke? haha aku pasrah lah aku dah buat yang terbaik kan. Selepas itu kami diberi kebenaran untuk pulang... Aku berjumpa ayahku yang tunggu di luar sekolah dan memberitahunya aku berjaya dalam pemilihan dan hanya menuggu surat panggilan samaada lulus atau gagal. Hmm  Puas hati aku kerana mendapat pengalaman yang berguna ini. susah juga nak masuk Sekolah tentera ni.. hehe

Sambungan selepas ini aku akan ceritakan bagaimana suasana di sekolah menengah kecoh kerana aku berjaya dalam sesi pemilihan yang lepas..hehe

Friday 28 October 2011

Perjalanan Seorang Perwira Muda-Part 1

 PEMILIHAN AWAL



Fikiranku melayang jauh! terfikir menyertai sekolah tentera atau meneruskan pelajaran di sekolah teknik. Hmm Satu sekolah dah heboh tentang pemilihan awal sekolah tentera ni. Semua budak-budak lelaki sekolah dah menyatakan kemahuan mereka mencuba nasib di dalam pemilihan tahunan ini. Sahabatku memberikan keratan akhbar yang menyatakan Pemilihan Perantis Putera.... Hmmm Elaun sebulan RM 110.00, Elaun pakaian RM 400.00 setahun. Hmmm menarik ni. ada elaun plak tu. Semuanya percuma uniform, alattulis, pakaian, yuran SPM, eehh bak kata orang datang bawa badan jer. Hishh ok gak ni. Lalu aku terus setuju hendak menyertai pemilihan awal di sebuah sekolah yang terkenal di Taiping tu.

Aku memberitahu kepada ayahku tentang kehendakku ini lantas ayahku tidak membenarkan sebabnya aku pun tidak mengetahuinya. Ermm aku terdiam dan melupakan hasrat. Keesokan harinya ayahku pulang dari kerja. Beliau merupakan seorang anggota bomba, Kebetulan pula, hari berkenaan cuti dan berlakunya pemilihan tersebut. Ayahku pulang lantas memberitahuku untuk bersiap pergi ke pemilihan itu. Ehh aku terpana.. Kenapa orang tua ni? semalam bukan main lagi tak membenarkan aku pergi. Balik kerja terus ajak pulak? Hmm sebagai anak yang menurut perintah aku pun lalu bersiap berbekalkan keputusan PMR dan salinan IC. Dalam perjalanan pergi barulah ayah memberitahuku bahawa anak kawan sekerjanya juga telah bersekolah di tempat yang sama. Segala kemudahan diberikan. Hmmm patutlah...

Ketika sampai sahaja di tempat pemilihan tersebut, aku terkejut dengan suasana yang agak serabut, Wahh ramainya orang.... aku difahamkan seramai 500 orang pemuda sebaya mahu juga mencuba nasib dalam pemilihan ini. Semuanya berunifom sekolah! Ramainyaaa... Seluruh Taiping dan Daerah Larut Matang dan Selama rupanya...Aku mula rasa sangsi dengan kebolehan aku. dah la kecil dapat ke?.. Hmm rungutku di dalam hati....

Bersambung....

Sinopsis Perjalanan Seorang Perwira Muda!

Kerja, kerja, kerja! itulah yang selalu orang serabut tentang kerja ni!
kita perlu kerja dan mencari rezeki walaupun sesuap nasi untuk diri dan juga tanggungan kita.
setiap pekerjaan perlulah ada kelulusan dan pencapaian. tak lupa juga yang penting pengalaman.

Dalam dunia pekerjaan ni, aku rasa aku tidak pernah rasa menganggur. Alhamdulillah!
Dari Form 4 lagi aku sudah rasa hidup berdikari, bermulanya cerita apabila habis peperiksaan PMR pada tahun 2002. aku sudah merasakan aku dah cuba yang terbaik setelah mengharungi perit kesempitan hidup. Alhamdulillah keputusan yang sederhana telah meyakinkan diriku dan keluarga. Walaupun aku ni banyak buat perkara-perkara yang agak nakal masa persekolahan dulu.

Dengan berbekalkan keputusan yang tidak seberapa itu, aku telah mencuba nasib di dalam pemilihan sekolah tentera di Port Dickson. Bertapa susahnya mengharungi perjalanan bersendirian menaiki kereta api dan aku berjaya menjadi salah seorang penuntut perantis di Sekolah berkenaan. Sekolah tentera ini amat mencabar dari segi mental dan fizikal. pelbagai suka dan duka diharungi bersama 269 perantis yang lain. berbekalkan kemahiran vokasional dan keputusan SPMV di sekolah ini akhirnya aku berjaya melanjutkan diri ke Kolej tentera Darat dan sehingga aku berjaya ditauliahkan ke dalam salah satu rejimen infantri. Segala kisah-kisah ini akan aku ceritakan bermulanya dari pemilihan awal ketika di tingkatan 4, pemilihan akhir sekolah tentera, pengalaman menjadi junior, pengalaman menjadi senior, ketika ketenteraan(rekrut), ketika berkerja menjadi anggota, ketika pemilihan KTD dan KTD semuanya aku ceritakan di dalam blog ini satu persatu. Perjalanan seorang perwira muda Malaysia. insyallah!

Thursday 27 October 2011

Ulasan dalam kekecohan kenaikan harga Tiket Final PM 2011!

“Saya nak tanya awak, awak rasa ramai ke yang datang stadium final nanti ? .. saya tak rasa penyokong akan datang memenuhi stadium, kalau saya terpaksa beli tiket, saya takkan beli. Bukan sebab tak patriotic, mahal juga bukan alasan, tetapi saya nak tanya apabila menetapkan harga tiket apa kriteria yang dia (FAM) tengok? Time macam ni lah kita berpeluang melihat kemeriahan bolasepak tempatan, tapi tindakan macam ni, hanya akan menjauhkan minat mereka untuk datang ke stadium. FAM perlu faham situasi mereka, bukan semua berkemampuan, jangan hanya fikirkan kewajaran di satu pihak..”. – Datuk Ghani Minhat.
"Saya sudah pun merayu dengan FAM melalui (Pengerusi Jawatankuasa Pertandingan Tempatan) Datuk Hamidin (Amin) dan Datuk Azzuddin (Ahmad, Setiausaha Agung FAM) supaya dapat dikurangkan harga tiket (perlawanan Terengganu-Negeri Sembilan di Stadium Shah Alam).-TIMBALAN PRESIDEN FAM
 
.SAYA SERBASALAH DAN TAK TAU SIAPA YG BETUL...JKPT Dan JKTP KATA IANYA DGN PERSETUJUAN PBNS&PBNT..TAPI MLM NI PRESIDEN PBNS HUBUNGI SAYA DAN NAFIKAN...YG MANA SATU BETUL?APAPUN SY HARAP PBNS&PBNT SEPAKAT DLM HAL INI...MEREKA BERHAK BERSUARA...BEGITU JUGA PENYOKONG..BERUNDINGLAH JALAN KELUAR YG BAIK..SUARA RAMAI HARUS DI DENGARI.... - Tan Sri Annuar Musa
 
"AZZUDDIN ANGGAP PENYOKONG BERHAK PULAUKAN PERLAWANAN"...Angkuh sungguh, ego,keras hati..xpe la..langit tak selalunya cerah.. "Harga tiket ditetapkan selepas mengambil kira daripada semua aspek yang melibatkan kos seperti kos pembayaran elaun pengadil, kos penyelenggaran stadium, kos keselamatan dan beberapa lagi kos yang perlu dijelaskan -
Zack Rahim (Pengurus Safee Sali): Liga Indo ada 2 team AFC Champions League, 1 AFC Cup! 5 pemain import, bintangnya selalu keluar TV, iklan TV, billboard, majalah dll media. PJFC kelub private, tiada back-up mana2 kerajaan. Hidup kelub bukan pd gate collection, tp pd sponsorship dan endorsement. Harga tiket berdasarkan kajian atas pendapatan penyokong yg rajin ke stadium yg rata2 bergaji Rp1juta (RM360) sebulan. Brp pendapatan mrk yg selalu memenuhi ruang tgh stadium? Ultras yg berdiri sepanjang 90min? Yg selalu main gendang? Kenapa FAM tak dptkan sponsor khusus utk biayai Final PM? Tanggungjawab penyokongkah utk kos penganjuran Final? Penyokong adalah pemain ke12 utk tiap pasukan mana2 liga, tp bukan utk Show Game!
  Tenteramalaya- Macam-macam nak jadi dengan malaysia ni. huhuhu pada pendapat aku tak wajarlah naik harga tiket sampai mcm ni. mcm nak tgk malaysia lawan Arsenal plk. kalau harge tiket 2 mahal aku paham lah kan. huhuhu harge tiket terlalu mahal akan mengakibatkan boikot dan banyak kerugian lain kepada penyokong. Risau juga tahun-tahun mendatang. brape lah pulak harga tiket ni kan? RM 50 huiiyo banyak 2! mcm tiket masuk taman thema waterpark jer.

Tuesday 25 October 2011

Kereta Hilang 16 Tahun yang lalu Ditemui kembali!

Edward Neeley dari Jefferson City sangat gembira kerana menemui kembali kereta kesayangannya yang telah dicuri 16 tahun lalu. Dia berjaya menjumpai kereta sedan Chevy Camaro klasiknya setelah melayari laman web E-Bay bulan lalu.

Neeley menghubungi Pihak Polis Utah setelah dia mendapati kereta Camaro tersebut dijual secara online. Penjualnya, Brent Dockery dari Syracuse, yang telah membeli kenderaan itu sejak empat tahun lalu yang juga dibeli dari lamanweb eBay. ”Dia juga merupakan mangsa penipuan,” ujar pihak polis setempat. Dia tidak menyedari bahaya nombor pendaftaran kerangka kereta itu telah diubah.

Detektif Davis mengatakan, nombor pengenalan yang asli masih tercatat pada panel pintu. Setelah penyiasatan, Polis Utah telah memulangkan semula kereta itu kepada Neeley yang merupakan pemiliknya yang sahnya.

”Oh, akhirnya saya mendapatkan kereta kesayangan saya kembali. Tidak pernah terlintas dalam fikiran saya, kereta ini akan dijumpai lagi,” kata Neeley. Dockery mengatakan, ia membeli kereta itu dengan harga USD16.000 dan menghabiskan USD10.000 untuk memperbaikinya. Masalah antara Neeley dan Dockery akan diselesaikan di pengadilan. (AP/Joe)

Gempar! Saya Yang Bunuh Muammar Gaddafi!

Seorang pejuang NTC Libya membuat rakaman sebuah video yang mengatakan bahawa dialah yang telah membunuh Kolonel Muammar. Pemuda itu, yang wajahnya muncul dalam video itu tetapi masih belum dikenalpasti, telah mengatakan, dia membunuh diktator tersebut karena tak rela untuk membiarkannya hidup. "Kami menangkapnya," kata pejuang dalam video tersebut seperti dipetik Daily Mail, Isnin (24/10/2011). "Saya memukul wajahnya. Sejumlah pejuang lain ingin membawanya pergi dan saat itulah saya menembaknya, dua kali di wajah dan di dada."

 Untuk membuktikan pengakuannya, pejuang itu kemudian mempamerkan kemeja yang berlumuran darah milik gaddafi, lalu menunjukkan cincin emas yang ia katakan ia ambil dari jari Muammar Gaddafi yang sudah tak bernyawa itu.

Pengakuan sensasi itu muncul selepas tersebarnya video paling jelas dan paling mengerikan saat Ghaddafi dipukul secara kejam pada waktu penangkapannya. Video itu menunjukkan diktator yang berlumuran darah itu setelah beliau dikeluarkan dari tempat persembunyiannya di Sirte, kota kelahirannya. Ia lalu ditendang dan dipukul oleh para penangkapnya.

Dengan teriakan "Allahu Akbar", dan bunyi tembakan senapang, para pejuang itu menganiaya Gaddafi yang mengalami pendarahan di sebuah jalan dan memasukkannya ke sebuah trak yang sedang menunggu. Dalam adegan yang mengerikan itu, para pemberontak memukul bekas pemimpin Libya itu. Mereka membawa dia dengan menarik rambutnya dan menlemparkan debu ke wajahnya. Gaddafi yang terluka nampaknya tetap diam, berupaya untuk bertahan dari pukulan yang menerjah ke wajah dan kepalanya.

 Adjust bos- Mengejutkan!

Monday 24 October 2011

Pakej Celcom untuk Warga tentera

 

 Cerita ni aku nk kongsi dgn korang bagi korang jeles sket dgn aska ni heheh. Celcom ada membuat pakej baru taw hehehe. orang dok panggil Pakej Mindef. Mula-mula aku tak berape nk layan sgt bende2 mcm ni. Yela kan aku ni anti line (postpaid) sebab pernah terkena bil melambung sampai ribuan ringgit, padahal baru je guna 2 minggu. chait! Akai ada ka! hahaha. Pernah aku serang Celcom Centre kat Kuala Terengganu tu tapi alasan nya senang je. die cakap " awk yang guna, manalah saya tahu." Geram punya pasal aku sound dia. "kalau nak untung agak2 la!"  Kelang kabut dia check balik akaun aku, katanya aku dah guna internet.(pada masa tu line internet kat handpone memang mahal.) Adess memang terkena ni. Aku cakap balik "saya guna internet pun tak reti kak oi." Ermm kak kaunter pun cakap dia tak leh wat ape2 sebab kompeni ni bukan bapak dia punya. Erkk terdiam aku.... Erm ada benar jugak kata-kata kakak tu huhu. Aku cakap kat dia sampai bila-bila pun aku tak nak bayar, apa nak jadi-jadilah!" aku pun terus beredar dari tempat kejadian. orang semua terpaku melihatku pada masa itu. (sebab aku pakai uniform kot).

     Sejak dari tu aku berhenti menggunakan celcom line ni. Lepas dua bulan sampailah surat bil celcom yang baru lalu aku terkejut apabila surat baru yang mengatakan bil aku RM 256.00. Ehh balik kepada normal? apa sudah jadi dengan bil ribuan ringgit yang lalu? Hmm dalam fikiran aku mesti celcom susah hati sebab dah hilang costumer yang paling Bagus di dunia ni. hihihi (yela bil tak pernah tak bayar taw). huhuhu. baru aku taw rupanya Celcom silap perkiraan kot. Think Positif! Namun begitu, minat aku terhadap menggunakan Postpaid  dan Celcom ni telah pudar. Sejak saat aku serang Celcom Centre hari tu, aku telah berubah kepada Maxis Prepaid.(017) sehingga kini.

     Baru-baru ni aku telah diperkenalkan oleh anak-anak buah aku tentangnya hebatnya Line Postpaid terbaru Celcom ni yang dinamakan Pakej MINDEF ni. "Simple jer tuan, daftar free taw, bulanan kalau tak guna dalam RM 5 jer. Kalau tuan telefon saya atau sesiapa saja yang pakai Pakej MinDef ni, Free jerrr tuan..." Aku mula ter ingat kata-kata anggota aku tu bermain-main dalam kepala hotak aku. "Free jerrr tuannnnn..." Isshhhhh tak boleh jadi ni! kalau anak buah aku semua amik dah tentu koll dorg Freee. Dapatla jimat sket belanja Bil telefon. hehehe.

    So tanpa berfikir panjang, aku telah menelefon agen celcom centre Kota Bharu untuk datang ke Office aku untuk dia daftarkan semua anggota aku termasuklah aku sekali hehehe. So esoknya marilah En Shamsudin dari Celcom, menaiki kereta Kotak Mancis Proton tu. Maka berduyun-duyunlah rakyat menyerbu akan keajaiban tersebut untuk mendaftarkan diri sebagai pengguna. Aku tak taw la pulak kalau nak daftar kena free blacklist. So bila Check data-data aku tu maka terdapatlah satu blacklist dari Maxis. rupa-rupanya Berokband aku tak bayar daaaa. Hmmmm nak x nak kenalah pergi ke Maxis Centre Kota Bharu untuk melangsaikan hutang piutang. kenalah juga dalam RM 200.00. Ades kopak bulan ni. Hmmm Tak pe demi Line Mindef sanggupku renangi jua.

     Akhirnya kini barulah aku mengguna Celcom kembali hehehe nasib dapat no cantik triple 1 sioll hehehe

p/s- jangan lupa bayar Bil telefon taw! nanti yesalllll

mengejas bohhh Hehehe-- ada aku kesah!

Inilah surat Wasiat Muammar Gaddafi





"Inilah surat wasiat saya. Saya, Moammar bin Mohammad bin Abdussalam bi Humayd bin Abu Manyar bin Humayd bin Nayil al Fuhsi Gaddafi, bersumpah bahwa tidak ada Tuhan selain Allah dan bahwa Muhammad adalah Rasul Allah. Saya bersumpah akan mati sebagai Muslim.


Jika saya terbunuh, saya ingin dikuburkan sesuai dengan cara Islam, dalam baju yang saya kenakan saat saya meninggal, tubuh saya tidak dimandikan, di pekuburan di Sirte, di samping keluarga dan kerabat saya.


Saya minta keluarga saya, terutama anak-anak dan perempuan, diperlakukan dengan baik setelah kematian saya. Rakyat Libya harus melindungi identitinya, prestasinya, sejarah, serta citra terhormat leluhur dan pahlawannya.


Rakyat Libya tidak boleh mengabaikan pengorbanan orang-orang bebas dan terbaik. Saya mengajak para pendukung untuk melanjutkan perlawanan dan melawan kuasa asing terhadap Libya, hari ini, esok, dan selamanya.


Biarkan warga bebas dunia mengetahui bahwa kita boleh saja melakukan tawar-menawar dan menjual perkara kita dengan imbalan kehidupan peribadi yang aman dan mapan.


Kita menerima banyak tawaran sampai saat ini, tapi kita memilih berdiri di garis depan pertempuran sebagai lambang kewajiban dan kehormatan.


Meskipun jika kita tidak serta-merta menang, kita akan memberi pelajaran pada generasi mendatang bahwa memilih melindung negara adalah kehormatan dan menjualnya merupakan pengkhianatan terbesar dalam sejarah yang akan dikenang selamanya, meskipun ada upaya dari yang untuk melakukan sebaliknya."

Valentino Rossi Bersara tahun depan ekoran insiden di Sepang?


Insiden maut yang telah meragut nyawa Marco Simoncelli apabila terjatuh ketika berlumba di MotoGP Malaysia di Sepang, cukup mengejutkan ramai pihak. Sehubungan dengan peristiwa itu, Valentino Rossi dikhabarkan akan bersara mulai tahun depan.

Namun begitu, Davide Brivio, bekas pengurus Team Yamaha yang dibawa Rossi ke team Ducati telah menyangkal dakwaan tersebut. Ia sekaligus menepis khabar angin yang mengatakan "The Doctor" akan bersara dari MotoGP ekoran kejadian yang telah mengorbankan rakan baiknya "SuperSic".

Dalam akun twitternya Brivio menulis tidak benar kalau Rossi ingin berhenti. "Banyak yang bertanya khabar Rossi ingin bersara. Ini tidak benar sama sekali dan saya harus menjelaskannya."

Sebagai sahabat, Rossi menulis dalam akun twitternya yang menyatakan, "Sic seperti adik bagi saya. Dia begitu hebat di trek, tapi seorang yang sentimental dalam kehidupannya. Saya tidak percaya dengan kejadian itu, saya sangat merindukannya," tulis Rossi.


hehe Ngejasss Bohh!!! - ada aku kesah?



Tiket Final Piala Malaysia Mahal!

Final Piala Malaysia kini kita sudah tahu. Perlawanan diantara sang rusa menentang skuad Penyu!
Telah di pastikan bahawa Venue Perlawanan yang penuh bermakna ini akan dilangsungkan di Stadium Shah Alam dengan tiket berharga RM 50.00!

Aduh naseb bukan tim fevret teman hehehe x pe lah walaupun mahal tp penyokong akan tetap memenuhi stadium tersebut haha. Terengganu menentang Negeri Sembilan sudah semestinya perlawanan yang sangat sengit! Namun begitu, harga tiket bagi menonton perlawanan pada sabtu ni telah pun mendapat tentangan banyak pihak sbb terlalu mahal untuk stadium yang boleh dikatakan padangnya agak teruk. paling ketara adalah penyokong-penyokong dari terengganu yang rata-rata tidak puas hati dengan harga tiket berkenaan seolah-olah mahu mengambil kesempatan. HOK ALOH! guano gu? boikot je senang.... hihihi

Pemimpin agung akhirnya tersungkur.. Nauzubillah

Setelah sekian lamanya Muammar Gadafi berkuasa, akhir terkujur lemah longlai ditangkap pejuang NTC dan di hina, diheret sambil dipukul sehingga berdarah teruk. Begitulah nasib diktator yang telah memerintah selama hampir 42 tahun! Muammar dilaporkan ditangkap dan dipercayai terbunuh berdasarkan kesan tembakan di kepalanya. Nauzubillah minzalik.


Dengar cerita ini, mmg sedih dan terkejut gak la tambah pulak dgn tgk video dia ni. ish3 teruk sangat ke die ni sampai di layan mcm ni. Hurmm Sedih tgk Umat islam kini jadi mcm ni. mungkin lama sangat dia berkuasa sampai rakyat sudah tidak tahan lagi dengan pemerintahan Allahyarham. kita kat Malaysia ni tak taw apa yang sebenarnya rakyat Libya begitu marah kat dia ni. dengar cerita jenazah Muammar masih lagi di pamer di sebuah pasaraya di Misrata. ish3 teruknya dia dihina. Cukuplah semadikanlah jenazah Muammar tu dgn cara baik. tentang dosa dan pahala biarlah Allah Taala sahaja yang menghitungnya.

Sunday 23 October 2011

Cerita tentang kerja.

    Kerja ni memang bermacam-macam kerja ada di dunia, dari pencacai sampai ke bos. Setiap kerja mesti ada jawatan. tak kiralah kerja swasta ke or GoMEN. Kerja kat malaysia ni memang banyak, tapi biasalah orang kita, kerja nak kena ikut selera, kemahuan tak pun ikut sempat! janji masyuk dan tetap. orang kita ni memang memilih kerja, kalau kerja berat or penat sikit tak pun kerja low standart la contohnya buruh, tukang kebun atau pembantu rumah ke dah orang kita ni tak nak. malu kot huhu.

    Tapi tu lah hakikat yang nyata, pernah ke anda jumpa kawan lama dan tanya apa dia buat sekarang? Pernah ke dengar mereka akan jawab "Oh aku kerja tukang kebun kat rumah Orang kaya Semantan je." Pernah tak? Tak pernah kan? hehe kalau jumpa paling kurang dia mesti kata "Oh kerja biasa-biasa jer." tak pun sampai tak mengaku kerja. Siap cakap peternak anggur paling berjaya. hahahah. Sanggup tak mengaku kerja yang low class sebab malu. Hurm itulah masalah orang kita skrg.

    Untuk apa malu dengan kerja kita? haduiyaiiii sepatutnya kita perlu berbangga dengan kerjaya kita asalkan halal dan cukup untuk bersederhana. bukan nya kita susahkan orang? bukan nya kita mencuri? bukan nya kita mengemis? bukan nya kita tipu duit orang! Haaa... ni yang geram ni hihi Bab tipu duit orang ni ada kisahnya. Nantilah kita cerita. TQ.

Kerja oh kerja

        Kerja hari isnin ni mmg ler amat2lah memalaskan.  sudahlah semalam tido lewat, layan blog orang sambil belajar cara-cara nak berblog ni huhu. terpikir gak nak tulis cara skema ke or cara santai ke, fakta ke ataupun tentang pengetahuan am? huhuhu

       So dah decide la malas la nk tulis cara skema-skema ni mcm la kite ni berpelajaran sangat kan hahaha, so nk wat cara santailah( senang kot org nak baca, i hope so). So blog yang sy nk wat ni just penulisan tentang diri sy, persekitaran, isu semasa dan macam-macam lg kisah kat dunia ni. bak kata orang 'ni semua hal dunia ni' hahaha. biarlah org kata sy syok sendiri janji happy.

Thursday 20 October 2011

Brabus Rocket 800! terbaru dan kelajuan boleh mencecah 370KM!

Brabus Rocket 800 akan menjadi Kereta terpantas yang pernah direka! Nampaknya impian Germany Brabus Company akan menjadi kenyataan. Penampilan kenderaan ini hampir serupa dengan Mercedes Benz CLS, tapi bagaimana tentang spesifikasi dari Brabus Rocket ini 2012 800?

Brabus pada mulanya digunakan untuk membuat spare part untuk Mercedes Benz. Brabus Rocket tercipta adalah dari model Mercy CLS 800. Namun begitu, kuasa enjin Biturbo V12  ditingkatkan dari 450 kW menjadi 588 kW dapat mencapai 5.500 rpm dengan keupayaan kuasa boleh mencapai sehingga 1420 Nm pada 2100 rpm

Dengan kuasa enjin itu, kenderaan ini akhirnya mampu memecut pantas sehingga 370 km / jam dan menjadikannya kereta terpantas di dunia. Sememangnya kereta ini bukan merupakan kereta yang terpantas di dunia seperti yang tercatat dalam World Record, namun kenderaan ini adalah yang terpanats di kelasnya. Anda dapat membeli Brabus Rocket 800 dengan € 429,000 Euro atau Sekitar $ 582.000 Pound Sterling.( Dalam RM tah la yop)


Bangunan Pelik tapi untuk pembelajaran? OK

CORPUS dibuka pada 14 Mac 2008. CORPUS adalah 'perjalanan melalui tubuh manusia, di mana pengunjung boleh melihat, merasakan dan mendengar bagaimana tubuh manusia berfungsi, dan apa peranan makanan sihat, hidup sihat dan banyak pengetahuan tentang organ-organ dalam tubuh manusia. CORPUS menawarkan berbagai pengetahuan dan perjalanan yang penuh pendidikan dan hiburan..

CORPUS telah dibina dalam sebuah bangunan setinggi 35 meter , dengan struktur tubuh manusia. Bangunan eye-catching ini terletak di sepanjang jalan raya A44 antara Amsterdam dan Den Haag. Belanda.
 Tenteramalaya- Hebatkan?? hehehe bgs2

Dua pekerja hospital digantung tugas sebab tersilap beri darah


Dua kakitangan perubatan digantung tugas kerana tersilap memberi darah ketika melakukan pemindahan darah di dua hospital baru-baru ini.
Menteri Kesihatan Malaysia, Datuk Seri Liow Tiong Lai, berkata kementeriannya mempunyai protokol yang ketat dalam soal pemindahan darah dan beliau berharap agar kejadian seumpama itu tidak berulang. 'Kedua-dua kakitangan berkenaan digantung tugas kerana mereka tidak mengikut prosedur yang ditetapkan ketika melakukan pemindahan darah,' katanya yang ditukil laman berita mStar Online semalam. Datuk Seri Liow berkata dua kejadian tersebut berlaku di Pulau Pinang dan Kajang dan bukannya berpunca daripada kesilapan Pusat Darah Negara (PDN). Beliau turut memberi jaminan kepada orang ramai bahawa darah yang diperolehi daripada PDN adalah 'benar-benar selamat' digunakan dan kementeriannya akan menggunakan apa jua mekanisme bagi memastikan keselamatan dan kualiti darah yang diberikan oleh penderma. Dalam satu kes yang dilaporkan, seorang pembantu rumah di Ipoh telah disahkan menghidap HIV positif selepas menjalani proses pemindahan darah. Datuk Seri Liow berkata: 'Pihak kementerian akan melakukan pemeriksaan teliti terhadap aktiviti dan prosedur perubatan yang dijalankan terhadap wanita tersebut bagi mengenal pasti bagaimana beliau dijangkiti virus berkenaan.' Vun Ah Thai, 56 tahun, seorang pesakit buah pinggang disyaki menghidap penyakit HIV selepas menjalani pemindahan darah di sebuah hospital kerajaan. Bagaimanapun, kelapan-lapan penderma yang mendermakan darah kepadanya telah disahkan bebas daripada virus berbahaya tersebut.  Vun telah menerima 18 pain darah selepas menjalani beberapa proses pemindahan darah sejak Januari lalu bagaimanapun beliau disahkan menghidap penyakit HIV positif ketika hendak menjalani satu pembedahan kecil di Pusat Perubatan Universiti Malaya pada 15 Ogos lalu. Siasatan yang dijalankan oleh Jabatan Kesihatan negeri dijangka siap dalam tempoh dua minggu lagi.

Sekolah latih cara menipu dikatakan ada di Nigeria Pelatih dihantar ke negara sasaran termasuk M'sia



Lelaki warga Nigeria yang memperdaya mangsa, terutama kaum wanita di Malaysia, dikesan menjalani latihan kemahiran menipu di beberapa sekolah khas yang diwujudkan di beberapa kawasan terpencil di negara mereka sebelum dihantar ke negara sasaran.
Siasatan polis di peringkat antarabangsa mendapati ada lebih 10 sekolah melatih penipu diwujudkan di negara itu sejak awal 1990-an bagi memastikan kebolehan menipu mereka mampu diwarisi mengikut peredaran zaman dan sukar ditumpaskan. Kewujudan sekolah menipu itu didedahkan oleh Ketua Unit Keselamatan Siber, Bahagian Siasatan Jenayah Siber dan Multimedia, Jabatan Siasatan Jenayah Komersial Bukit Aman, Superintenden Victor Sanjos, berdasarkan siasatan pihaknya selepas mendapati ramai warga negara ini diperdaya warga Nigeria sejak beberapa tahun lalu. Beliau berkata, sekolah itu hanya menetapkan satu syarat iaitu pelatih hanya perlu tahu berkomunikasi menggunakan komputer dan Internet. 'Pusat itu tidak berkonsepkan sekolah harian atau institusi pendidikan secara terbuka, sebaliknya beroperasi secara sembunyi-sembunyi bagi mengelakkan kegiatan mereka dikesan pihak berkuasa negara itu. Semua latihan dibahagi mengikut jenis penipuan termasuk penipuan popular yang dikatakan mampu mengaut keuntungan lumayan seperti penipuan Internet, Black Money dan menyamar sebagai pegawai polis,' katanya kepada Harian Metro. Encik Victor berkata ada sebahagian 'pelatih' sekolah menipu itu yang berjaya menguasai kemahiran akan dihantar ke negara yang dijadikan sasaran bagi mempraktikkan kemahiran yang diajar. 'Mereka inilah yang akan menjadikan wanita di negara kita sebagai kekasih sebelum diperangkap menjadi mangsa penipuan sama ada dalam jenayah siber atau pengedaran dadah,' katanya. Menurutnya, sekolah menipu itu juga dipercayai menyediakan latihan praktikal kepada pelajarnya mengenai kaedah penipuan Black Money. 'Kaedahnya mudah iaitu bahan kimia khas digunakan bagi mengembalikan keadaan asal wang kertas yang disaluti warna hitam dan Black Money diperkenalkan negara Barat bertujuan menghantar wang ke negara mundur tanpa disedari musuh. 'Malangnya, kaedah yang sama dimanipulasikan sindiket berkenaan bagi menjual bahan kimia khas berkenaan kepada mangsa pada harga yang tinggi,' katanya. Berdasarkan statistik Polis Diraja Malaysia, sepanjang 2010 hingga Ogos lalu, seramai 232 warga Nigeria ditahan kerana terbabit penipuan Internet dengan menyasarkan wanita Malaysia sebagai mangsa.

Tenteramalaya- ingat warga kita jangan terpedaya dgn Awang hitam ni

Malaysia Bantah Indonesia isu Camarbulan dan Tanjung Datu


Menteri Pertahanan Malaysia Dato' Seri Dr Ahmad Zahid bin Hamidi menegaskan, Malaysia tidak pernah mennceroboh wilayah Indonesia di Camar Bulan dan Tanjung Datu, Kalimantan Barat. Menurut Ahmad Zahid, selama ini Kerajaan Malaysia tetap menghormati perjanjian Semarang 1978 yang menetapkan sempadan wilayah perbatasan antara Indonesia dan Malaysia.
Ahmad Zahid mengatakan, selama ini Pengawal Keselamatan Malaysia di perbatasan tersebut sering melakukan rondaan bersama dengan Tentera Indonesia. Ia mengatakan, memang beberapa batu sempadan sering dijumpai telah rosak, tetapi hal tersebut tidak boleh dijadikan alasan kalau Malaysia telah mencaplok wilayah Indonesia.
"Seharusnya memang dibuat berdasarkan fakta yang benar. Jadi saya meminta agar jangan memperkeruh keadaan ini. Kita harus kembali menciptakan keheningan hubungan antara Indonesia dan Malaysia," kata Ahmad Zahid.

Buaya terlepas ancaman baru Banjir di Thailand!

 
Kerajaan Thailand telah menghadapi ancaman terbaru yang terjadi ketika bencana banjir besar yang kini sedang melanda wilayah itu di Thailand itu. Ancaman baru itu adalah buaya yang terlepas dari sebuah pusat penternakan buaya.
Sebanyak 100 ekor buaya tersebut telah terlepas dari pusat penternakannya di daerah itu dan kerajaan Thailand telah mengumumkan hadiah sebanyak 1.000 baht (33 dolar AS) untuk setiap buaya yang ditangkap hidup-hidup, kata Menteri Kesihatan Thailand Vitthaya Buranasiri.
"Buaya itu mesti ditangkap untuk menjaga keselamatan rakyat," kata Menteri Buranasiri.
Haiwan tersebut telah dilihat di beberapa daerah di bekas ibu kota Thailand, tempat Warisan Dunia itu.
Banjir terburuk di Thailand pada kali ini telah menenggelamkan banyak rumah dan kawasan perindustrian dan memaksa puluhan ribu orang untuk bepindah ke tempat perlindungan.
Sebanyak 300 orang telah terbunuh dalam bencana itu, namun belum ada laporan mengenai kematian yang berkaitan dengan haiwan tersebut.

Tenteramalaya- kalau kat msia mcm ni akibatnya ramai tak brani balik walaupun banjir dah lama surut hahahaha

Testisnya membesar Sehingga 50KG!

Seorang pemuda dari Las Vegas, Amerika Syarikat kini menderita penyakit yang menyebabkan testisnya membesar hingga mencapai berat 50 kilogram. Setelah selama ini menyembunyikan masalahnya itu, pemuda bernama Wesley Warren Jr itu memutuskan untuk menmenceritakan masalahnya kepada media. Hal itu dilakukan karena dia memerlukan wang hingga Sejuta US Dollar untuk membiayai pembedahan bagi menyelesaikan masalahnya kini..
Penyakit yang dialami disebut scrotal elephantiasis. Testisnya membesar melebihi paras normal sehingga mengganggu aktiviti sehariannya. Menurut lelaki 47 tahun tersebut, dia mengalami masalah itu sejak tiga tahun lalu.
"Sangat susah untuk bergerak. Jadi, saya lebih banyak tinggal di rumah," katanya kepada Las Vegas Review-Journal. Dengan risiko ditertawakan orang, Warren memberanikan diri menceritakan masalahnya itu kepada media melalui sebuah acara di radio dan TV yang dipengacarakan oleh Howard Stern.

P/s_ Ades besarnya  hahahaha jaga2 brader2

Muammar Gaddafi akhirnya Meninggal

Akhirnya Muaamar Gaddafi berjaya dibunuh oleh rakyatnya sendiri. Samaada benar atau salah perjuangan pemerintahanya, sama-samalah kita membacakan Alfatihah buatnya . ALFATIHAH!


Salam Perkenalan dari Tenteramalaya

Pada tarikh 21 Okt 2011 telah terbuka minda untuk mencipta blogku sendiri di mana Blog ini adalah terbuka kepada semua yang ingin mengetahui bermacam agenda-agenda, cerita-cerita, selingan-selingan, gambar-gambar dan bermacam-macam lagi cerita di Malaysia. terima kasih semua
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...