Sunday 29 January 2012

Pemuda Malaysia Mengaku Akan Menjadi Raja Indonesia!!

Seorang Usahawan dari Malaysia mengaku akan menjadi "Raja Indonesia" dalam beberapa tahun yang akan datang". Utusan Malaysia melaporkan, Sabtu (21/1/2012), lelaki bernama Kamal Ashnawi itu mengaku keturunan raja Jawa dan bernama Raden Mas Prabhu Gusti Agung Ki Asmoro Wijoyo.

Dalam sebuah Sidang Media,  Jumaat lepas, Kamal mengaku memiliki simpanan wang berjumlah  5 trilion euro. Untuk mengukuhkan pengakuannya, Kamal menunjukkan salinan pernyataan bank HSBC London. Jika pengakuan  itu benar, Presiden dan CEO Sierra Petroleum Sdn Bhd itu tentu berhak menyandang gelaran orang terkaya dunia.

Hartanya jauh melebihi kekayaan Carlos Slim, Hartawan Mexico yang menduduki tempat pertama daftar orang terkaya dunia menurut majalah Forbes dengan nilai kekayaan mencapai 63,3 milion dollar AS. Sementara itu menurut Forbes, orang terkaya Malaysia adalah Ananda Krishnan, yang memiliki kekayaan "hanya" 9,6 milion dollar AS.

Kamal memang bukan orang miskin. Namun, dari mana asal hartanya yang luar biasa itu?

Thursday 26 January 2012

Impian, kerjaya dan cita-cita

Setiap orang ada cita-cita dan distulah bermulanya impian dan akhirnya kepada kerjaya. Hmm dalam gak maksud tu.. Mgkin kita x sedar, kita ni terlalu pikirkan cita-cita masa muda dan akhirnya x tercapai cita-cita kita itu, mungkin ada yang dapat capai cita-cita dan ada juga yang gagal. Namun bersyukurlah dengan apa yang kita kecapi.

Dulu kita semua ada cita-cita! teringat dulu masa sekolah rendah, masa tu cikgu ada bertanya tentang cita-cita bila besar nak jadi ape. huhu. Mase tu ramai kawan cakap nak jadi Doktor la, Akauntan la, Jurutera la, Pilot la bila sampai turn aku, cikgu bertanya aku tergamam. Lalu dengan slamber aku ckp nak jadi Pengutip sampah! cikguku terdiam.. semua kawan-kawan dgn cikgu aku pn bantai ketawa hahaha bodoh tol aku masa kecil-kecil dulu. terkenang zaman sekolah rendah dlu. Hmm

Ingat lagi masa sekolah rendah ada rekod peribadi pelajar, kat belakang sekali ada plot tentang cita-cita ada tiga kolum kat situ masa 2 x pk lah nk hebat2! aku ingat lagi aku buh ape salah satunya adalah hehe-

Pertama


 Ahli Bomba (ikut kerja bapak aku hihihi)


Kedua!

Nak jadi Polis! sebab masa tu tak taw polis tu. yela masa kcik2 ingat polis 2 hero lawan org jahat hehehe

Ketiga--


Askar!-- sebab mase kecik2 dlu slalu nampak askar pastu tgk plak cite Sarjan hassan! huh semangat nak jd askar sbb nak perang! hehe best!



Dan semua cita-cita kita ni bukanlah muda tercapai kan! kene belajar pandai-pandai sbb kalau x de kelulusan mcm ne nak minta ketiga-tiga kerja tu kan? So alhamdulillah berkat hasil usaha dan keberkatan aku kini berjaya mencapai salah satu dr ketiga-tiga cita-citaku masa sekolah rendah dulu... dan kini aku bergelar Pegawai tentera dan berkhidmat di dalam Rjimen Askar melayu Diraja! Alhamdulillah!

Inilah Aku!

Thursday 5 January 2012

Perjalanan Seorang Perwira Muda-Part 4

Setelah di panggil untuk menghadiri Temuduga Akhir di Port Dickson, aku telah bersedia, mula bersenam dan mencari stamina, berlari dan berjoging. Itu sajalah yang ayahku pesan.. Yelah aku tiada rujukan tentang Askar ni.. Dalam fikiran aku Nothing ttg askar ni.. Kosong. So aku mula berfikiran, apa nak jadi, jadilah dan aku mulai berfikiran aku mahu mengubah diriku menjadi lebih berguna setelah menyertai tentera ni.

Aku akan bergerak ke Port Dickson menaiki Keretapi, Ayahku hanya bekalkan aku RM 50.00 untuk menghadiri Temuduga tersebut yang mengambil masa 2 minggu. Aku di stetsen kertapi Taiping,, hmm 1245 mlm baru keretapi akan sampai dari utara.. aku melihat hanya 3 orang shj dr Stesen keretapi taiping ni yang sama tujuan denganku.. hmm aku mula rasa gementar kerana tidak pernah berjauhan dari keluarga namun begitu aku sudah lama bersedia untuk berdikari...

Setelah tiba keretapi di taiping, aku mencari tempat dudukku di tempat yang telah ditetapkan.Alangkah terkejutnya aku satu koc yang dinaiki hanya dipenuhi oleh semua pelajar yang akan menyertai temuduga tersebut.. Wahh ramainya.... hehehe Hatiku riang! semua saling berkenalan dan berborak! entah apa yang bakal kami lalui nt apabila tiba di sana. hahah seronok rase dapat berjumpa ramai kawan2 yang baru dikenali..

Dalam jam 0745 kami tiba di KL sentral dan kami terus menaiki Komuter ke Seremban yang memakan masa sejam itu. Setelah tiba di Seremban kami semua melihat begitu ramai lagi pelajar yang menunggu, kebanyakkan dari kelantan dan selatan telah tiba awal lagi. Seorang staf dr Kem telah menunggu kami di situ dan kami diarahkan menaiki Trak 3 ton yang menuggu di perkarangan Stesen Keretapi seramban.. Wahh!! First time naik ni , mesti best! besar hehehe... Seronok bukan kepalang hahaha.

Hampir 10 Trak bergerak secara konvoi dr seremban ke port dickson yang juga mengambil masa Sejam lagi.. Puas dok dlam trak ni, rasa kebas punggung! hahaha.. siap tertido2 lg.. Akhirnya kami tiba di Kem Sirusa Port Dickson! dan kami diarahkan turun dan berbaris! Kami di arahkan dgn begitu tegas! kami diambil nama dan berbaris sambil meletakan beg yang kami bawa dihadapan. Staf-staf mula membuat pemeriksaan keatsa beg-beg kami agar tidak membawa barangan terlarang.. Setelah selesai kami diperiksa, kami diberi bilik penginapan...

Bersambung...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...