Thursday 5 January 2012

Perjalanan Seorang Perwira Muda-Part 4

Setelah di panggil untuk menghadiri Temuduga Akhir di Port Dickson, aku telah bersedia, mula bersenam dan mencari stamina, berlari dan berjoging. Itu sajalah yang ayahku pesan.. Yelah aku tiada rujukan tentang Askar ni.. Dalam fikiran aku Nothing ttg askar ni.. Kosong. So aku mula berfikiran, apa nak jadi, jadilah dan aku mulai berfikiran aku mahu mengubah diriku menjadi lebih berguna setelah menyertai tentera ni.

Aku akan bergerak ke Port Dickson menaiki Keretapi, Ayahku hanya bekalkan aku RM 50.00 untuk menghadiri Temuduga tersebut yang mengambil masa 2 minggu. Aku di stetsen kertapi Taiping,, hmm 1245 mlm baru keretapi akan sampai dari utara.. aku melihat hanya 3 orang shj dr Stesen keretapi taiping ni yang sama tujuan denganku.. hmm aku mula rasa gementar kerana tidak pernah berjauhan dari keluarga namun begitu aku sudah lama bersedia untuk berdikari...

Setelah tiba keretapi di taiping, aku mencari tempat dudukku di tempat yang telah ditetapkan.Alangkah terkejutnya aku satu koc yang dinaiki hanya dipenuhi oleh semua pelajar yang akan menyertai temuduga tersebut.. Wahh ramainya.... hehehe Hatiku riang! semua saling berkenalan dan berborak! entah apa yang bakal kami lalui nt apabila tiba di sana. hahah seronok rase dapat berjumpa ramai kawan2 yang baru dikenali..

Dalam jam 0745 kami tiba di KL sentral dan kami terus menaiki Komuter ke Seremban yang memakan masa sejam itu. Setelah tiba di Seremban kami semua melihat begitu ramai lagi pelajar yang menunggu, kebanyakkan dari kelantan dan selatan telah tiba awal lagi. Seorang staf dr Kem telah menunggu kami di situ dan kami diarahkan menaiki Trak 3 ton yang menuggu di perkarangan Stesen Keretapi seramban.. Wahh!! First time naik ni , mesti best! besar hehehe... Seronok bukan kepalang hahaha.

Hampir 10 Trak bergerak secara konvoi dr seremban ke port dickson yang juga mengambil masa Sejam lagi.. Puas dok dlam trak ni, rasa kebas punggung! hahaha.. siap tertido2 lg.. Akhirnya kami tiba di Kem Sirusa Port Dickson! dan kami diarahkan turun dan berbaris! Kami di arahkan dgn begitu tegas! kami diambil nama dan berbaris sambil meletakan beg yang kami bawa dihadapan. Staf-staf mula membuat pemeriksaan keatsa beg-beg kami agar tidak membawa barangan terlarang.. Setelah selesai kami diperiksa, kami diberi bilik penginapan...

Bersambung...

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...