Tuesday, 25 October 2011

Kereta Hilang 16 Tahun yang lalu Ditemui kembali!

Edward Neeley dari Jefferson City sangat gembira kerana menemui kembali kereta kesayangannya yang telah dicuri 16 tahun lalu. Dia berjaya menjumpai kereta sedan Chevy Camaro klasiknya setelah melayari laman web E-Bay bulan lalu.

Neeley menghubungi Pihak Polis Utah setelah dia mendapati kereta Camaro tersebut dijual secara online. Penjualnya, Brent Dockery dari Syracuse, yang telah membeli kenderaan itu sejak empat tahun lalu yang juga dibeli dari lamanweb eBay. ”Dia juga merupakan mangsa penipuan,” ujar pihak polis setempat. Dia tidak menyedari bahaya nombor pendaftaran kerangka kereta itu telah diubah.

Detektif Davis mengatakan, nombor pengenalan yang asli masih tercatat pada panel pintu. Setelah penyiasatan, Polis Utah telah memulangkan semula kereta itu kepada Neeley yang merupakan pemiliknya yang sahnya.

”Oh, akhirnya saya mendapatkan kereta kesayangan saya kembali. Tidak pernah terlintas dalam fikiran saya, kereta ini akan dijumpai lagi,” kata Neeley. Dockery mengatakan, ia membeli kereta itu dengan harga USD16.000 dan menghabiskan USD10.000 untuk memperbaikinya. Masalah antara Neeley dan Dockery akan diselesaikan di pengadilan. (AP/Joe)

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...