Wednesday, 11 April 2012

(pic) Inilah 10 Kereta Termewah Di Dunia Tahun 2012 - World Luxury Assocation

Organisasi penelitian non-profit World Luxury Association (WLA) mengkaji dan mengistiharkan 100 Harta Perdagangan paling mewah di awal tahun 2012. Dalam daftar tersebut dibagi menjadi beberapa kategori, salah satunya adalah kereta termewah di dunia. Di dalam kajian tersebut Kereta termewah didunia di pegang oleh Rolls-Royce dan dikuti oleh Bentley serta Ferrari ditempat ketiga. Berikut adalah senarai jenama Kereta Termewah Di Dunia.

1.  Rolls-Royce



2. Bentley


3.  Ferrari


4.  Lamborghini 


5.   Maserati


6.   Aston Martin


7.  Bugatti



8.  Spyker

9.   Pagani


10.  Koenigsegg


Kebanyakan kereta ni tak pernah dengar pun ada kat Malaysia ni.. Tapi yang pastinya semua kereta ni Mahal Bapak!

Beginilah Cara Lain Untuk Berdiri Di Dalam LRT@Komuter Tanpa Pegang Menggunakan Tangan.



















Kepit jer tiang tu celah2 Bontot! hahah Senang!

(PIC) Inilah Salah Satu Tabiat Buruk Obama (Presiden US)

Tabiat buruk Barrack Obama yang sukar dibuang. Adalah menjadi kebiasaannya apabila di pejabat untuk menongkat kakinya di meja atau lain-lain tempat yg lebih selesa.











Dah tabiat.... tak pun sakit kaki kot huhuhu

Monday, 2 April 2012

Menu Makan Tengahari Terakhir di Kapal Titanic Dilelong Pada Harga yang Tinggi!



Menu makan tengahari terakhir untuk penumpang kelas satu di kapal  Titanic terjual seharga USD122.000 dalam sebuah majlis lelong di London.

Menu tersebut, yang bertarikh 14 April 1912—dari kapal terbesar dan paling besar pula pada masa itu yang melanggar gunung ais di Atlantik Utara dan tenggelam sehingga meragut nyawa seramai 1.514 orang—menjadi bintang dalam lelong barang-barang kenangan Titanic. Seorang Pengumpul yang berpusat di London membeli menu itu, yang sebelumnya berada di tangan Pegawai Bank Amerika Washington Dodge, di ruang penjualan Henry Aldridge and Son di Decizes, Barat Daya London.

Makanan yang ditawarkan kepada penumpang paling kaya di kapal itu mengandugi menu ayam ala Maryland—yang dikenal dengan nama fried chicken with creamy gravy—dan telur Argenteuil, satu piring telur rebus dengan asparagus. "Menu itu mempunyai tarih paling penting iaitu 14 Ogos dan memberi pembacanya pengetahuan mendalam mengenai kehidupan kuliner penumpang elite Titanic," kata pelelong Andrew Aldridge.

Makanan lain di dalam menu tersebut, yang meliputi lebih dari 40 pilihan secara keseluruhan selama beberapa kali helaian, yang meliputi ayam dan daging panggang.

Isteri kepada Pegawai bank Amerika Washington Dodge, Ruth, menyelipkan menu itu ke dalam tas tangannya setelah makan tengahari. Beliau tak menyedari bahawa dia telah membawanya ke perahu penyelamat pada malam itu. Pasangan tersebut dan anak mereka Washington Junior selamat dalam tragedi itu dan menu tersebut telah berada di tangan keluarga tersebut sejak dari saat itu.

Sunday, 29 January 2012

Pemuda Malaysia Mengaku Akan Menjadi Raja Indonesia!!

Seorang Usahawan dari Malaysia mengaku akan menjadi "Raja Indonesia" dalam beberapa tahun yang akan datang". Utusan Malaysia melaporkan, Sabtu (21/1/2012), lelaki bernama Kamal Ashnawi itu mengaku keturunan raja Jawa dan bernama Raden Mas Prabhu Gusti Agung Ki Asmoro Wijoyo.

Dalam sebuah Sidang Media,  Jumaat lepas, Kamal mengaku memiliki simpanan wang berjumlah  5 trilion euro. Untuk mengukuhkan pengakuannya, Kamal menunjukkan salinan pernyataan bank HSBC London. Jika pengakuan  itu benar, Presiden dan CEO Sierra Petroleum Sdn Bhd itu tentu berhak menyandang gelaran orang terkaya dunia.

Hartanya jauh melebihi kekayaan Carlos Slim, Hartawan Mexico yang menduduki tempat pertama daftar orang terkaya dunia menurut majalah Forbes dengan nilai kekayaan mencapai 63,3 milion dollar AS. Sementara itu menurut Forbes, orang terkaya Malaysia adalah Ananda Krishnan, yang memiliki kekayaan "hanya" 9,6 milion dollar AS.

Kamal memang bukan orang miskin. Namun, dari mana asal hartanya yang luar biasa itu?

Thursday, 26 January 2012

Impian, kerjaya dan cita-cita

Setiap orang ada cita-cita dan distulah bermulanya impian dan akhirnya kepada kerjaya. Hmm dalam gak maksud tu.. Mgkin kita x sedar, kita ni terlalu pikirkan cita-cita masa muda dan akhirnya x tercapai cita-cita kita itu, mungkin ada yang dapat capai cita-cita dan ada juga yang gagal. Namun bersyukurlah dengan apa yang kita kecapi.

Dulu kita semua ada cita-cita! teringat dulu masa sekolah rendah, masa tu cikgu ada bertanya tentang cita-cita bila besar nak jadi ape. huhu. Mase tu ramai kawan cakap nak jadi Doktor la, Akauntan la, Jurutera la, Pilot la bila sampai turn aku, cikgu bertanya aku tergamam. Lalu dengan slamber aku ckp nak jadi Pengutip sampah! cikguku terdiam.. semua kawan-kawan dgn cikgu aku pn bantai ketawa hahaha bodoh tol aku masa kecil-kecil dulu. terkenang zaman sekolah rendah dlu. Hmm

Ingat lagi masa sekolah rendah ada rekod peribadi pelajar, kat belakang sekali ada plot tentang cita-cita ada tiga kolum kat situ masa 2 x pk lah nk hebat2! aku ingat lagi aku buh ape salah satunya adalah hehe-

Pertama


 Ahli Bomba (ikut kerja bapak aku hihihi)


Kedua!

Nak jadi Polis! sebab masa tu tak taw polis tu. yela masa kcik2 ingat polis 2 hero lawan org jahat hehehe

Ketiga--


Askar!-- sebab mase kecik2 dlu slalu nampak askar pastu tgk plak cite Sarjan hassan! huh semangat nak jd askar sbb nak perang! hehe best!



Dan semua cita-cita kita ni bukanlah muda tercapai kan! kene belajar pandai-pandai sbb kalau x de kelulusan mcm ne nak minta ketiga-tiga kerja tu kan? So alhamdulillah berkat hasil usaha dan keberkatan aku kini berjaya mencapai salah satu dr ketiga-tiga cita-citaku masa sekolah rendah dulu... dan kini aku bergelar Pegawai tentera dan berkhidmat di dalam Rjimen Askar melayu Diraja! Alhamdulillah!

Inilah Aku!

Thursday, 5 January 2012

Perjalanan Seorang Perwira Muda-Part 4

Setelah di panggil untuk menghadiri Temuduga Akhir di Port Dickson, aku telah bersedia, mula bersenam dan mencari stamina, berlari dan berjoging. Itu sajalah yang ayahku pesan.. Yelah aku tiada rujukan tentang Askar ni.. Dalam fikiran aku Nothing ttg askar ni.. Kosong. So aku mula berfikiran, apa nak jadi, jadilah dan aku mulai berfikiran aku mahu mengubah diriku menjadi lebih berguna setelah menyertai tentera ni.

Aku akan bergerak ke Port Dickson menaiki Keretapi, Ayahku hanya bekalkan aku RM 50.00 untuk menghadiri Temuduga tersebut yang mengambil masa 2 minggu. Aku di stetsen kertapi Taiping,, hmm 1245 mlm baru keretapi akan sampai dari utara.. aku melihat hanya 3 orang shj dr Stesen keretapi taiping ni yang sama tujuan denganku.. hmm aku mula rasa gementar kerana tidak pernah berjauhan dari keluarga namun begitu aku sudah lama bersedia untuk berdikari...

Setelah tiba keretapi di taiping, aku mencari tempat dudukku di tempat yang telah ditetapkan.Alangkah terkejutnya aku satu koc yang dinaiki hanya dipenuhi oleh semua pelajar yang akan menyertai temuduga tersebut.. Wahh ramainya.... hehehe Hatiku riang! semua saling berkenalan dan berborak! entah apa yang bakal kami lalui nt apabila tiba di sana. hahah seronok rase dapat berjumpa ramai kawan2 yang baru dikenali..

Dalam jam 0745 kami tiba di KL sentral dan kami terus menaiki Komuter ke Seremban yang memakan masa sejam itu. Setelah tiba di Seremban kami semua melihat begitu ramai lagi pelajar yang menunggu, kebanyakkan dari kelantan dan selatan telah tiba awal lagi. Seorang staf dr Kem telah menunggu kami di situ dan kami diarahkan menaiki Trak 3 ton yang menuggu di perkarangan Stesen Keretapi seramban.. Wahh!! First time naik ni , mesti best! besar hehehe... Seronok bukan kepalang hahaha.

Hampir 10 Trak bergerak secara konvoi dr seremban ke port dickson yang juga mengambil masa Sejam lagi.. Puas dok dlam trak ni, rasa kebas punggung! hahaha.. siap tertido2 lg.. Akhirnya kami tiba di Kem Sirusa Port Dickson! dan kami diarahkan turun dan berbaris! Kami di arahkan dgn begitu tegas! kami diambil nama dan berbaris sambil meletakan beg yang kami bawa dihadapan. Staf-staf mula membuat pemeriksaan keatsa beg-beg kami agar tidak membawa barangan terlarang.. Setelah selesai kami diperiksa, kami diberi bilik penginapan...

Bersambung...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...