Sunday, 27 November 2011

Peragut ditangkap dan dibogel di Tempat Awam!

Nasib seorang Peragut ditangkap dan di bogelkan di khayalak ramai apabila peragut berkenaan ditangkap selapas meragut beg tangan seorang perempuan tua. Peragut berkenaan di pukul dan di bogelkan oleh orang ramai selepas berjaya ditangkap lalu dibiarkan berdiri di tepi jalan raya yang sibuk.

Peragut itu dipermalukan di depan orang ramai di bandar Providencia, Mexico, lapor Daily Mail, Rabu (16/11/2011), setelah beberapa orang mengejar dia selepas mendengar teriakan minta tolong dari seorang perempuan. Apabila berjaya menangkapnya, Orang ramai memukul dan menanggalkan semua pakaiannya.

Peragut tersebut kemudiannya di kerumuni orang ramai yang bersorak dan bertindak melemparkan duit syiling dan botol plastik ke arah peragur berkenaan. Dia mencuba untuk menaiki kenderaan yang melintasi jalan tersebut dan meminta tolong tapi ditolak. Dia kemudiannya di ambil seorang anggota polis.

Di Pecat selepas Menunjukan Isyarat Lucah kepada Obama!

Seorang wartawan Stesyen TV terkenal di Rusia, Tatiana Limanova, dipecat setelah menunjukan isyarat lucah iaitu menaikan jari tengahnya setelah menyebutkan nama Presiden AS Barack Obama dalam sebuah siaran berita. Mengacungkan jari tengah adalah gerak tubuh yang dianggap sangat tidak sopan di AS dan di beberapa tempat lain di dunia.
Stesyen TV swasta REN TV telah memecat Limanova dalam pernyataan rasmi pada hari Kamis (24/11/2011). "Pengurus besar REN TV menganggap ini sebagai kesalahan berat terhadap disiplin siaran dan menunjukan sikap tidak Profesional," menurut pernyataan itu.

Kejadian tersebut berlaku pada 14 November lalu,apabila Limanova memjadi pemberita untuk Berita Tengahari. Acara tersebut berlangsung  apabila Limanova—pemenang penghargaan televisyen TEFI Award yang berprestij di Rusia—mula membacakan berita mengenai KTT APEC di Hawaii.

"(Presiden Rusia) Dmitry Medvedev menjadi ketua organisasi Kerja Sama Ekonomi Asia Pasifik (APEC) hari ini," tutur Limanova membuka berita tersebut. "Jawatan ini sebelumnya dipegang oleh Presiden AS Barack Obama." Selpas selesai membacakan penyataan tersebut, pemberita terus mengacungkan tangan kirinya dari meja dan menunjukkan jari tengahnya ke kamera.

Limanova dikhabarkan dipecat hari itu juga. Secara rasmi, pihak REN TV mengatakan,  Limanova pada masa berkenaan  sebenarnya mengarahkan jari tengahnya kepada juru kameranya dan tidak sedar saat itu ia masih ditayangkan di televisyen.


Friday, 4 November 2011

Perjalanan Seorang Perwira Muda-Part 3

Alkisahnya setelah selesai pemilihan awal tersebut maka ramailah tidak percaya akan kebolehan ku ini. iyalah dah la kecik boleh dapat pulak hahaha. Ramai kawan-kawan bertanya Eh! ko pakai kabel ke? hmmm mana ada.... dalam keturunan aku tak ada sape lagi yang jadi askar. Emm Rezeki lah Allah dah bagi. Alhamdulillah.
Sekian seminggu ku menunggu surat panggilan yang diharapkan. Err.. bukannya harap sangat sayang sebenarnya nak tinggalkan sekolah lama tapi malu pula kalau tak dapat sebab dah kecoh satu sekolah kerana aku dapat yang dapat masuk dewan pemilihan dalam ramai-ramai yang hadir pemilihan lepas hehehe.

SURAT TIBA

Setelah menunggu hampir seminggu maka surat di ditunggu sudah tiba, Hmm apabila pulang dari sekolah, ayahku memberitahu surat panggilan pemilihan akhir dah sampai, dan keputusannya aku dah dapat. Tebal juga surat tu, surat panggilan pemilihan akhir melanjutkan pelajaran ke Sekolah Pertukangan Perantis Tentera Darat! Wahh gaya surat ni ada lambang ATM dengan Cop Rasmi besar kat kepala surat. huhuhu. gementar aku membaca satu persatu surat tersebut. Dalam surat tersebut aku di fahamkan bahawa aku telah layak menjalani pemilihan akhir di Port Dickson! Aku dikehendaki meminta perlepasan sekolah selama 2 minggu untuk menjalani pemilihan akhir tersebut! Aku juga diminta untuk membawa Imbasan X Ray badan untuk pemeriksaan kesihatan. Disertakan juga surat kepada hospital untuk membuat imbasan XRay berkenaan dengan percuma dan juga Waren Keretapi Taiping-Seremban.

Alhamdulillah surat panggilan dah dapat! aku ada masa dua hari lagi untuk buat persiapan termasuklah dokumen diri dan imbasan XRay berkenaan. Hmm tanpa membuang masa ayahku mengajak untuk ke Hospital Taiping untuk membuat XRay. Aku membawa surat berkenaan dan beratur untuk mengambil giliran. Wahh ramai juga yang membuat XRay ni. Ketika berbaris, ada sorang pakcik yang membawa anak perempuannya di hadapanku. Dia tersenyum kepada ku dan berkata kepada ayahku bahawa anaknya berjaya melanjutkan pengajian di MRSM. Wahh bangga tol ayah die ni, anak pun sombong. Mentang-mentanglah kita ni tak smart. huhu. pakcik tersebut sambil berbual dengan ayahku bertanyakan tentang tujuan ayahku berbaris di kaunter hospital dan ayahku memberitahu tujuan yang sama iaitu membuat Imbasan XRay. Pakcik tersebut terkejut melihatku (mungkin tak macam budak pandai kot) lalu dia bertanyakan sekolah mana yang saya akan pergi dan ayahku menjawab dengan spontan Sekolah tentera jer... Pakcik tu pun terkejut dan terdiam. hehehe terkejut dia tengok kepala surat yang ku bawa ada lambang ATM! hehehe

Bersambung...

Sunday, 30 October 2011

Lelaki bernikah lagi pada umur 120 tahun!


Tidak ada kata tua untuk mencari kebahagiaan. Itulah yang dilakukan Haji Abdul Noor yang bernikah lagi saat usianya sudah 120 tahun.
Enam tahun selepas isteri pertamanya meninggal, Noor bernikah lagi dengan Samoi Bibi (60) di Satghori, sebuah desa terpencil di Karimganj, Daerah Assam, seperti yang diterbitkan dalam Times of India, Rabu lalu.
Di kampung yang tenang itu, pernikahan pasangan lanjut usia ini menjadi sebuah majlis yang besar. Pernikahan ini dihadiri lebih dari 500 tetamu.
"Dalam pendaftaran negara, usia saya ditulis 116 tahun. Namun, sebenarnya saya berumur 120 tahun," kata Noor.
Anak-anak Noor sendiri yang mencari isteri baru bagi ayah mereka. "Tak lama setelah ibu meninggal, ayah meminta kami mencarikan dia isteri agar ada yang menjaga beliau," kata Haji Azir Uddin, anak lelaki Noor.
Uddin mengakui, bukan senang untuk mencarikan isteri bagi orang yang berusia 100 tahun. "Namun, dengan pertolongan Tuhan, kami berhasil menemui ibu baru meskipun usianya separuh usia Ayah. Dia pernah menikah, tetapi suaminya meninggal dan dia tidak dikurniakan anak," lanjut Uddin.
Noor memimpin satu keluarga besar yang terdiri dari 122 orang, termasuk dua anak lelaki, empat anak perempuan, dan banyak sekali cucu.

Perjalanan Seorang Perwira Muda-Part 2

PEMILIHAN AWAL

Apabila gemuruh melihat terlalu ramai pelajar lain yang juga mahu mencuba nasib, aku juga mulai ragu akan kebolehanku. Ishh.. boleh ke ni? hmm... tibalah saat pemilihan dimulakan seorang pegawai pemilihan mulai memanggil semua calon-calon untuk memberikan Slip peperiksaan PMR untuk dinilai. Aku juga mula memberikan slip ku dengan harapan tinggi. Alhamdulillah keputusan yang sederhana mungkin kredit untuk ku meloloskan diri melepasi untuk ke peringkat seterusnya. Selepas beberapa minit, Pegawai pemilihan mula keluar dan menyatakan, nama sesiapa yang dipanggil, boleh mengambil slip peperiksaan kembali dan terus pulang. dalam erti kata yang lain gagal lah dalam pemilihan tersebut.

Aku gemuruh nama seorang demi seorang mula dipanggil, kawan-kawan sekolahku juga dipanggil lalu mengambil slip peperiksaan dengan wajah yang kecewa. Aku semakin risau apabila melihat slip yang tebal semakin lama, semakin nipis... Aku berdoa agar aku dipilih untuk untuk masuk kedalam dewan untuk melalui proses pemilihan yang seterusnya.. Alhamdulillah nama-nama selesai di panggil. Wahh Alhamdulillah aku terpilih! kata dalam hati kecilku.. Pegawai pemilihan kemudiannya mengumumkan bahawa kepada nama-nama yang tidak dipanggil boleh masuk ke dewan.

Aku memandang ke arah ayahku. Dia tersenyum dan mengangguk menunjukan gembira kerana aku dipilih untuk masuk ke dalam dewan, Baru aku tahu Pegawai pemilihan meneliti semua keputusan PMR calon yang sesuai, mereka tidak mahu terlalu baik dan tidak mahu terlalu teruk untuk memasuki sekolah ini. Mujurlah keputusan yang sederhanaku dipilih.

DEWAN PEMILIHAN

Seramai 40 calon yang berjaya ke proses seterusnya dan dipanggil masuk ke dalam dewan. Aku gementar mujurlah seorang lagi rakan satu sekolah juga berjaya. Hmm aku masuk ke dalam dewan dan di minta duduk. Kami diberi taklimat ringkas tentang sekolah ini. Pelbagai kemudahan dan sukatan pelajaran Vokasional yang akan kami belajar sepanjang 2 tahun berada di sekolah ini. Wah segaknya, ke kelas memakai pakaian kerja tentera! dan yang pentingnya semua percuma! Selesai Taklimat ringkas, kami diberi kertas dan di minta menulis esei kenapa saya berminat berkhidmat di dalam Tentera Darat. Aku mula berfikir apa yang aku nak 'Goreng' ni hehehe,,, aku mula mem'bantai; menulis karangan yang aku rasa dalam meyakinkan Staf pemilihan ini memilih aku heheh aku tulis nak bantu keluarga, nak meningkatkan tahap keyakinan diri, nak berjasa kepada negara dan menjadi pemuda yang berguna. hehehe.

Wahh.. setelah setengah jam diberi masa menulis esei berkenaan. kami dipanggil untuk ujian fizikal... Alamak ni yang aku tak berapa yakin ni. kami beratur, mula sekali kami diukur badan, tinggi, berat, kaki semuanya dinilai, kalau pernah patah tulang akan terus disuruh keluar dan gagal. hadapanku ada seorang calon apabila di periksa kakinya, Staf pemilihan memberitahunya supaya pulang kerana tapak kakinya lurus..bak kata orang kaki itik! Wahh ketatnya pemeriksaan ni... Alhamdulillah aku lepas semua ujian-ujian ini. dan di akhir pemilihan hanya ada 10 calon sahaja termasuk aku yang berjaya melepasi semua ujian-ujian tersebut. Fuhh! bahaya..

Kesemuanya calon-calon akhir ini dipanggil untuk diberikan taklimat akhir. kami diberikan ucapan Tahniah kerana berjaya melepasi sesi pemilihan. kami semua diberitahu bahawa kami boleh pulang dan menunggu surat panggilan dari Cawangan Sumber Manusia ATM. Sekiranya kami menerima surat yang tebal maknanya kami akan dipanggil untuk megikuti pemilihan Akhir di Port Dickson manakala jika menerima surat yang nipis bermakna Calon gagal. Alamak ada lagi ke? haha aku pasrah lah aku dah buat yang terbaik kan. Selepas itu kami diberi kebenaran untuk pulang... Aku berjumpa ayahku yang tunggu di luar sekolah dan memberitahunya aku berjaya dalam pemilihan dan hanya menuggu surat panggilan samaada lulus atau gagal. Hmm  Puas hati aku kerana mendapat pengalaman yang berguna ini. susah juga nak masuk Sekolah tentera ni.. hehe

Sambungan selepas ini aku akan ceritakan bagaimana suasana di sekolah menengah kecoh kerana aku berjaya dalam sesi pemilihan yang lepas..hehe

Friday, 28 October 2011

Perjalanan Seorang Perwira Muda-Part 1

 PEMILIHAN AWAL



Fikiranku melayang jauh! terfikir menyertai sekolah tentera atau meneruskan pelajaran di sekolah teknik. Hmm Satu sekolah dah heboh tentang pemilihan awal sekolah tentera ni. Semua budak-budak lelaki sekolah dah menyatakan kemahuan mereka mencuba nasib di dalam pemilihan tahunan ini. Sahabatku memberikan keratan akhbar yang menyatakan Pemilihan Perantis Putera.... Hmmm Elaun sebulan RM 110.00, Elaun pakaian RM 400.00 setahun. Hmmm menarik ni. ada elaun plak tu. Semuanya percuma uniform, alattulis, pakaian, yuran SPM, eehh bak kata orang datang bawa badan jer. Hishh ok gak ni. Lalu aku terus setuju hendak menyertai pemilihan awal di sebuah sekolah yang terkenal di Taiping tu.

Aku memberitahu kepada ayahku tentang kehendakku ini lantas ayahku tidak membenarkan sebabnya aku pun tidak mengetahuinya. Ermm aku terdiam dan melupakan hasrat. Keesokan harinya ayahku pulang dari kerja. Beliau merupakan seorang anggota bomba, Kebetulan pula, hari berkenaan cuti dan berlakunya pemilihan tersebut. Ayahku pulang lantas memberitahuku untuk bersiap pergi ke pemilihan itu. Ehh aku terpana.. Kenapa orang tua ni? semalam bukan main lagi tak membenarkan aku pergi. Balik kerja terus ajak pulak? Hmm sebagai anak yang menurut perintah aku pun lalu bersiap berbekalkan keputusan PMR dan salinan IC. Dalam perjalanan pergi barulah ayah memberitahuku bahawa anak kawan sekerjanya juga telah bersekolah di tempat yang sama. Segala kemudahan diberikan. Hmmm patutlah...

Ketika sampai sahaja di tempat pemilihan tersebut, aku terkejut dengan suasana yang agak serabut, Wahh ramainya orang.... aku difahamkan seramai 500 orang pemuda sebaya mahu juga mencuba nasib dalam pemilihan ini. Semuanya berunifom sekolah! Ramainyaaa... Seluruh Taiping dan Daerah Larut Matang dan Selama rupanya...Aku mula rasa sangsi dengan kebolehan aku. dah la kecil dapat ke?.. Hmm rungutku di dalam hati....

Bersambung....

Sinopsis Perjalanan Seorang Perwira Muda!

Kerja, kerja, kerja! itulah yang selalu orang serabut tentang kerja ni!
kita perlu kerja dan mencari rezeki walaupun sesuap nasi untuk diri dan juga tanggungan kita.
setiap pekerjaan perlulah ada kelulusan dan pencapaian. tak lupa juga yang penting pengalaman.

Dalam dunia pekerjaan ni, aku rasa aku tidak pernah rasa menganggur. Alhamdulillah!
Dari Form 4 lagi aku sudah rasa hidup berdikari, bermulanya cerita apabila habis peperiksaan PMR pada tahun 2002. aku sudah merasakan aku dah cuba yang terbaik setelah mengharungi perit kesempitan hidup. Alhamdulillah keputusan yang sederhana telah meyakinkan diriku dan keluarga. Walaupun aku ni banyak buat perkara-perkara yang agak nakal masa persekolahan dulu.

Dengan berbekalkan keputusan yang tidak seberapa itu, aku telah mencuba nasib di dalam pemilihan sekolah tentera di Port Dickson. Bertapa susahnya mengharungi perjalanan bersendirian menaiki kereta api dan aku berjaya menjadi salah seorang penuntut perantis di Sekolah berkenaan. Sekolah tentera ini amat mencabar dari segi mental dan fizikal. pelbagai suka dan duka diharungi bersama 269 perantis yang lain. berbekalkan kemahiran vokasional dan keputusan SPMV di sekolah ini akhirnya aku berjaya melanjutkan diri ke Kolej tentera Darat dan sehingga aku berjaya ditauliahkan ke dalam salah satu rejimen infantri. Segala kisah-kisah ini akan aku ceritakan bermulanya dari pemilihan awal ketika di tingkatan 4, pemilihan akhir sekolah tentera, pengalaman menjadi junior, pengalaman menjadi senior, ketika ketenteraan(rekrut), ketika berkerja menjadi anggota, ketika pemilihan KTD dan KTD semuanya aku ceritakan di dalam blog ini satu persatu. Perjalanan seorang perwira muda Malaysia. insyallah!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...