Monday, 2 April 2012
Menu Makan Tengahari Terakhir di Kapal Titanic Dilelong Pada Harga yang Tinggi!
Menu makan tengahari terakhir untuk penumpang kelas satu di kapal Titanic terjual seharga USD122.000 dalam sebuah majlis lelong di London.
Menu tersebut, yang bertarikh 14 April 1912—dari kapal terbesar dan paling besar pula pada masa itu yang melanggar gunung ais di Atlantik Utara dan tenggelam sehingga meragut nyawa seramai 1.514 orang—menjadi bintang dalam lelong barang-barang kenangan Titanic. Seorang Pengumpul yang berpusat di London membeli menu itu, yang sebelumnya berada di tangan Pegawai Bank Amerika Washington Dodge, di ruang penjualan Henry Aldridge and Son di Decizes, Barat Daya London.
Makanan yang ditawarkan kepada penumpang paling kaya di kapal itu mengandugi menu ayam ala Maryland—yang dikenal dengan nama fried chicken with creamy gravy—dan telur Argenteuil, satu piring telur rebus dengan asparagus. "Menu itu mempunyai tarih paling penting iaitu 14 Ogos dan memberi pembacanya pengetahuan mendalam mengenai kehidupan kuliner penumpang elite Titanic," kata pelelong Andrew Aldridge.
Makanan lain di dalam menu tersebut, yang meliputi lebih dari 40 pilihan secara keseluruhan selama beberapa kali helaian, yang meliputi ayam dan daging panggang.
Isteri kepada Pegawai bank Amerika Washington Dodge, Ruth, menyelipkan menu itu ke dalam tas tangannya setelah makan tengahari. Beliau tak menyedari bahawa dia telah membawanya ke perahu penyelamat pada malam itu. Pasangan tersebut dan anak mereka Washington Junior selamat dalam tragedi itu dan menu tersebut telah berada di tangan keluarga tersebut sejak dari saat itu.
Sunday, 29 January 2012
Pemuda Malaysia Mengaku Akan Menjadi Raja Indonesia!!
Seorang Usahawan dari Malaysia mengaku akan menjadi "Raja Indonesia" dalam beberapa tahun yang akan datang". Utusan Malaysia melaporkan, Sabtu (21/1/2012), lelaki bernama Kamal Ashnawi itu mengaku keturunan raja Jawa dan bernama Raden Mas Prabhu Gusti Agung Ki Asmoro Wijoyo.
Dalam sebuah Sidang Media, Jumaat lepas, Kamal mengaku memiliki simpanan wang berjumlah 5 trilion euro. Untuk mengukuhkan pengakuannya, Kamal menunjukkan salinan pernyataan bank HSBC London. Jika pengakuan itu benar, Presiden dan CEO Sierra Petroleum Sdn Bhd itu tentu berhak menyandang gelaran orang terkaya dunia.

Hartanya jauh melebihi kekayaan Carlos Slim, Hartawan Mexico yang menduduki tempat pertama daftar orang terkaya dunia menurut majalah Forbes dengan nilai kekayaan mencapai 63,3 milion dollar AS. Sementara itu menurut Forbes, orang terkaya Malaysia adalah Ananda Krishnan, yang memiliki kekayaan "hanya" 9,6 milion dollar AS.
Kamal memang bukan orang miskin. Namun, dari mana asal hartanya yang luar biasa itu?
Thursday, 26 January 2012
Impian, kerjaya dan cita-cita
Setiap orang ada cita-cita dan distulah bermulanya impian dan akhirnya kepada kerjaya. Hmm dalam gak maksud tu.. Mgkin kita x sedar, kita ni terlalu pikirkan cita-cita masa muda dan akhirnya x tercapai cita-cita kita itu, mungkin ada yang dapat capai cita-cita dan ada juga yang gagal. Namun bersyukurlah dengan apa yang kita kecapi.
Dulu kita semua ada cita-cita! teringat dulu masa sekolah rendah, masa tu cikgu ada bertanya tentang cita-cita bila besar nak jadi ape. huhu. Mase tu ramai kawan cakap nak jadi Doktor la, Akauntan la, Jurutera la, Pilot la bila sampai turn aku, cikgu bertanya aku tergamam. Lalu dengan slamber aku ckp nak jadi Pengutip sampah! cikguku terdiam.. semua kawan-kawan dgn cikgu aku pn bantai ketawa hahaha bodoh tol aku masa kecil-kecil dulu. terkenang zaman sekolah rendah dlu. Hmm
Ingat lagi masa sekolah rendah ada rekod peribadi pelajar, kat belakang sekali ada plot tentang cita-cita ada tiga kolum kat situ masa 2 x pk lah nk hebat2! aku ingat lagi aku buh ape salah satunya adalah hehe-
Pertama
Ahli Bomba (ikut kerja bapak aku hihihi)
Kedua!
Nak jadi Polis! sebab masa tu tak taw polis tu. yela masa kcik2 ingat polis 2 hero lawan org jahat hehehe
Ketiga--
Askar!-- sebab mase kecik2 dlu slalu nampak askar pastu tgk plak cite Sarjan hassan! huh semangat nak jd askar sbb nak perang! hehe best!
Dan semua cita-cita kita ni bukanlah muda tercapai kan! kene belajar pandai-pandai sbb kalau x de kelulusan mcm ne nak minta ketiga-tiga kerja tu kan? So alhamdulillah berkat hasil usaha dan keberkatan aku kini berjaya mencapai salah satu dr ketiga-tiga cita-citaku masa sekolah rendah dulu... dan kini aku bergelar Pegawai tentera dan berkhidmat di dalam Rjimen Askar melayu Diraja! Alhamdulillah!
Dulu kita semua ada cita-cita! teringat dulu masa sekolah rendah, masa tu cikgu ada bertanya tentang cita-cita bila besar nak jadi ape. huhu. Mase tu ramai kawan cakap nak jadi Doktor la, Akauntan la, Jurutera la, Pilot la bila sampai turn aku, cikgu bertanya aku tergamam. Lalu dengan slamber aku ckp nak jadi Pengutip sampah! cikguku terdiam.. semua kawan-kawan dgn cikgu aku pn bantai ketawa hahaha bodoh tol aku masa kecil-kecil dulu. terkenang zaman sekolah rendah dlu. Hmm
Ingat lagi masa sekolah rendah ada rekod peribadi pelajar, kat belakang sekali ada plot tentang cita-cita ada tiga kolum kat situ masa 2 x pk lah nk hebat2! aku ingat lagi aku buh ape salah satunya adalah hehe-
Pertama
Ahli Bomba (ikut kerja bapak aku hihihi)
Kedua!
Nak jadi Polis! sebab masa tu tak taw polis tu. yela masa kcik2 ingat polis 2 hero lawan org jahat hehehe
Ketiga--
Askar!-- sebab mase kecik2 dlu slalu nampak askar pastu tgk plak cite Sarjan hassan! huh semangat nak jd askar sbb nak perang! hehe best!
Inilah Aku!
Thursday, 5 January 2012
Perjalanan Seorang Perwira Muda-Part 4
Setelah di panggil untuk menghadiri Temuduga Akhir di Port Dickson, aku telah bersedia, mula bersenam dan mencari stamina, berlari dan berjoging. Itu sajalah yang ayahku pesan.. Yelah aku tiada rujukan tentang Askar ni.. Dalam fikiran aku Nothing ttg askar ni.. Kosong. So aku mula berfikiran, apa nak jadi, jadilah dan aku mulai berfikiran aku mahu mengubah diriku menjadi lebih berguna setelah menyertai tentera ni.
Aku akan bergerak ke Port Dickson menaiki Keretapi, Ayahku hanya bekalkan aku RM 50.00 untuk menghadiri Temuduga tersebut yang mengambil masa 2 minggu. Aku di stetsen kertapi Taiping,, hmm 1245 mlm baru keretapi akan sampai dari utara.. aku melihat hanya 3 orang shj dr Stesen keretapi taiping ni yang sama tujuan denganku.. hmm aku mula rasa gementar kerana tidak pernah berjauhan dari keluarga namun begitu aku sudah lama bersedia untuk berdikari...
Setelah tiba keretapi di taiping, aku mencari tempat dudukku di tempat yang telah ditetapkan.Alangkah terkejutnya aku satu koc yang dinaiki hanya dipenuhi oleh semua pelajar yang akan menyertai temuduga tersebut.. Wahh ramainya.... hehehe Hatiku riang! semua saling berkenalan dan berborak! entah apa yang bakal kami lalui nt apabila tiba di sana. hahah seronok rase dapat berjumpa ramai kawan2 yang baru dikenali..
Dalam jam 0745 kami tiba di KL sentral dan kami terus menaiki Komuter ke Seremban yang memakan masa sejam itu. Setelah tiba di Seremban kami semua melihat begitu ramai lagi pelajar yang menunggu, kebanyakkan dari kelantan dan selatan telah tiba awal lagi. Seorang staf dr Kem telah menunggu kami di situ dan kami diarahkan menaiki Trak 3 ton yang menuggu di perkarangan Stesen Keretapi seramban.. Wahh!! First time naik ni , mesti best! besar hehehe... Seronok bukan kepalang hahaha.
Hampir 10 Trak bergerak secara konvoi dr seremban ke port dickson yang juga mengambil masa Sejam lagi.. Puas dok dlam trak ni, rasa kebas punggung! hahaha.. siap tertido2 lg.. Akhirnya kami tiba di Kem Sirusa Port Dickson! dan kami diarahkan turun dan berbaris! Kami di arahkan dgn begitu tegas! kami diambil nama dan berbaris sambil meletakan beg yang kami bawa dihadapan. Staf-staf mula membuat pemeriksaan keatsa beg-beg kami agar tidak membawa barangan terlarang.. Setelah selesai kami diperiksa, kami diberi bilik penginapan...
Bersambung...

Sunday, 27 November 2011
Peragut ditangkap dan dibogel di Tempat Awam!
Nasib seorang Peragut ditangkap dan di bogelkan di khayalak ramai apabila peragut berkenaan ditangkap selapas meragut beg tangan seorang perempuan tua. Peragut berkenaan di pukul dan di bogelkan oleh orang ramai selepas berjaya ditangkap lalu dibiarkan berdiri di tepi jalan raya yang sibuk.
Peragut itu dipermalukan di depan orang ramai di bandar Providencia, Mexico, lapor Daily Mail, Rabu (16/11/2011), setelah beberapa orang mengejar dia selepas mendengar teriakan minta tolong dari seorang perempuan. Apabila berjaya menangkapnya, Orang ramai memukul dan menanggalkan semua pakaiannya.
Peragut tersebut kemudiannya di kerumuni orang ramai yang bersorak dan bertindak melemparkan duit syiling dan botol plastik ke arah peragur berkenaan. Dia mencuba untuk menaiki kenderaan yang melintasi jalan tersebut dan meminta tolong tapi ditolak. Dia kemudiannya di ambil seorang anggota polis.
Di Pecat selepas Menunjukan Isyarat Lucah kepada Obama!
Seorang wartawan Stesyen TV terkenal di Rusia, Tatiana Limanova, dipecat setelah menunjukan isyarat lucah iaitu menaikan jari tengahnya setelah menyebutkan nama Presiden AS Barack Obama dalam sebuah siaran berita. Mengacungkan jari tengah adalah gerak tubuh yang dianggap sangat tidak sopan di AS dan di beberapa tempat lain di dunia.
Stesyen TV swasta REN TV telah memecat Limanova dalam pernyataan rasmi pada hari Kamis (24/11/2011). "Pengurus besar REN TV menganggap ini sebagai kesalahan berat terhadap disiplin siaran dan menunjukan sikap tidak Profesional," menurut pernyataan itu.
Kejadian tersebut berlaku pada 14 November lalu,apabila Limanova memjadi pemberita untuk Berita Tengahari. Acara tersebut berlangsung apabila Limanova—pemenang penghargaan televisyen TEFI Award yang berprestij di Rusia—mula membacakan berita mengenai KTT APEC di Hawaii.
"(Presiden Rusia) Dmitry Medvedev menjadi ketua organisasi Kerja Sama Ekonomi Asia Pasifik (APEC) hari ini," tutur Limanova membuka berita tersebut. "Jawatan ini sebelumnya dipegang oleh Presiden AS Barack Obama." Selpas selesai membacakan penyataan tersebut, pemberita terus mengacungkan tangan kirinya dari meja dan menunjukkan jari tengahnya ke kamera.
Limanova dikhabarkan dipecat hari itu juga. Secara rasmi, pihak REN TV mengatakan, Limanova pada masa berkenaan sebenarnya mengarahkan jari tengahnya kepada juru kameranya dan tidak sedar saat itu ia masih ditayangkan di televisyen.
Friday, 4 November 2011
Perjalanan Seorang Perwira Muda-Part 3
Alkisahnya setelah selesai pemilihan awal tersebut maka ramailah tidak percaya akan kebolehan ku ini. iyalah dah la kecik boleh dapat pulak hahaha. Ramai kawan-kawan bertanya Eh! ko pakai kabel ke? hmmm mana ada.... dalam keturunan aku tak ada sape lagi yang jadi askar. Emm Rezeki lah Allah dah bagi. Alhamdulillah.
Sekian seminggu ku menunggu surat panggilan yang diharapkan. Err.. bukannya harap sangat sayang sebenarnya nak tinggalkan sekolah lama tapi malu pula kalau tak dapat sebab dah kecoh satu sekolah kerana aku dapat yang dapat masuk dewan pemilihan dalam ramai-ramai yang hadir pemilihan lepas hehehe.
SURAT TIBA
Setelah menunggu hampir seminggu maka surat di ditunggu sudah tiba, Hmm apabila pulang dari sekolah, ayahku memberitahu surat panggilan pemilihan akhir dah sampai, dan keputusannya aku dah dapat. Tebal juga surat tu, surat panggilan pemilihan akhir melanjutkan pelajaran ke Sekolah Pertukangan Perantis Tentera Darat! Wahh gaya surat ni ada lambang ATM dengan Cop Rasmi besar kat kepala surat. huhuhu. gementar aku membaca satu persatu surat tersebut. Dalam surat tersebut aku di fahamkan bahawa aku telah layak menjalani pemilihan akhir di Port Dickson! Aku dikehendaki meminta perlepasan sekolah selama 2 minggu untuk menjalani pemilihan akhir tersebut! Aku juga diminta untuk membawa Imbasan X Ray badan untuk pemeriksaan kesihatan. Disertakan juga surat kepada hospital untuk membuat imbasan XRay berkenaan dengan percuma dan juga Waren Keretapi Taiping-Seremban.
Alhamdulillah surat panggilan dah dapat! aku ada masa dua hari lagi untuk buat persiapan termasuklah dokumen diri dan imbasan XRay berkenaan. Hmm tanpa membuang masa ayahku mengajak untuk ke Hospital Taiping untuk membuat XRay. Aku membawa surat berkenaan dan beratur untuk mengambil giliran. Wahh ramai juga yang membuat XRay ni. Ketika berbaris, ada sorang pakcik yang membawa anak perempuannya di hadapanku. Dia tersenyum kepada ku dan berkata kepada ayahku bahawa anaknya berjaya melanjutkan pengajian di MRSM. Wahh bangga tol ayah die ni, anak pun sombong. Mentang-mentanglah kita ni tak smart. huhu. pakcik tersebut sambil berbual dengan ayahku bertanyakan tentang tujuan ayahku berbaris di kaunter hospital dan ayahku memberitahu tujuan yang sama iaitu membuat Imbasan XRay. Pakcik tersebut terkejut melihatku (mungkin tak macam budak pandai kot) lalu dia bertanyakan sekolah mana yang saya akan pergi dan ayahku menjawab dengan spontan Sekolah tentera jer... Pakcik tu pun terkejut dan terdiam. hehehe terkejut dia tengok kepala surat yang ku bawa ada lambang ATM! hehehe

Subscribe to:
Posts (Atom)